RON 95 akan naik lagi

image

KUALA LUMPUR 25 Sept – Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 pada jangka masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.

Langkah itu juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.

“Penyeludupan petrol dan diesel berlaku kerana bahan api ini lebih murah di Malaysia,” kata beliau kepada Bernama.

Menurut laporan akhbar, Unit Anti Penyeludupan Kedah (UPP) pada Jumaat lepas melumpuhkan percubaan menyeludup 27,300 liter diesel bersubsidi bernilai RM54,600 ke Thailand.

Di sebalik usaha untuk membantu orang ramai menerusi subsidi, beliau kesal terdapat juga pihak yang mengambil kesempatan daripadanya.

Presiden PDAM itu berkata, pengurangan subsidi itu boleh menghalang mereka daripada menjalankan aktiviti itu.

Kerajaan baru-baru ini memperkenalkan harga baharu bagi RON95 dan diesel dengan pengurangan subsidi sebanyak 20 sen seliter kepada RM2.10 dan RM2.00 daripada RM1.90 dan RM1.80.

Harga ini masih dianggap murah berbanding negara-negara seperti Thailand, Indonesia, Singapura dan Filipina. – BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20130926/ek_06/PDAM-jangka-potongan-lanjut-subsidi-bahan-api#ixzz2fz92o5Pc

Posted from WordPress for Android

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. September 28, 2013    

    semoga mintak tak naik lagi
    uncledoy recently posted..GAGDET PADFONE INFINTY KELUARAN ASUS KINI DI MALAYSIAMy Profile

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN