Saiful Apek redha keputusan mahkamah

20120515-211949.jpg

Pelakon dan pelawak popular, Saiful Apek akhirnya akur dan reda apabila keputusan mahkamah yang membatalkan tuntutan beliau terhadap penerbit, David Teo yang didakwa gagal melunaskan pulangan pelaburannya berjumlah RM200,000 sebelum ini.

“Apalagi saya boleh buat apabila, saya mungkin itu bukan rezeki saya dan saya tidak mahu membangkitkan lagi isu itu lagi.

“Bagaimanapun, saya tetap berbangga dengan cara saya memperjuangkan isu tuntutan ini.

“Saya mungkin ‘buta kontrak’ tetapi jika diberi skrip boleh saya faham malahan, ramai artis yang tidak faham isi kandungannya,” katanya pada sidang media hari ini.

Tuntutan tersebut berkaitan bayaran untuk filem Lady Boss dan Anak Mami Kembali selepas dia yang membintangi kedua-dua filem berkenaan di mana Apek melaburkan wang hasil lakonannya RM100,000 sejak 2005.

Selain itu, Apek turut mendakwa Teo gagal menyiapkan album nyanyiannya berdasarkan kontrak yang ditandatangani pada tahun sama.

Sehubungan itu, Apek bercadang mahu menubuhkan sebuah biro yang dikenali sebagai Kesatuan Anak Seni (Kemas) yang memperjuangkan hak-hak anak seni melalui saluran yang betul.

“Saya menyeru supaya mana-mana artis yang mempunyai masalah untuk tampil berjumpa dengan saya dan saya akan jadi orang tengah untuk utarakan masalah itu kepada orang yang lebih pakar dalam bidang tersebut.

“Kalau boleh biarlah kita bergabung untuk menuntut hak kita sebagai artis dan mendidik orang yang berkarya mengenai undang-undang mengenai perjanjian yang berkaitan anak seni.

“Semua krew penerbitan yang terlibat perlu lebih peka dengan isu kebajikan dan undang-undang,” katanya lagi.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN