Hari Guru 2012 akan disambut seperti biasa pada 16 Mei 2012. Sambutan di peringkat kebangsaan akan dilancarkan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Mengikut perancangan pihak KPM, pelbagai aktiviti sempena hari guru 2012 akan diadakan.
Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012. Semua sekolah yang mempunyai kemudahan dikehendaki mengikuti siaran langsung Program Sambutan Hari Guru 2012 di RTM 1 atau di EduWeb TV. Jika tiada kemudahan, sekolah juga boleh mengikuti siaran langsung tersebut melalui radio seperti Nasional FM, Klasik FM, Traxx FM, AiFM, dan Minnal FM mulai pukul 11 pagi pada 16 Mei 2012.
Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama pula (sekolah harian dan berasrama penuh) , KPM meminta supaya mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 10 Mei 2012.
Surat siaran berkaitan Sambutan Hari Guru 2012
Berikut adalah antara program yang akan diadakan,
Lirik lagu tema Hari Guru 2012: Guru Inovatif Melonjakkan Transformasi Pendidikan Negara
Kita Berbicara Tentang InovasiCiptaan Baharu Gaya Hidup KiniMeningkatkan Produktiviti Terkini
Bangun Beranikan Terima SeruanMendidik, Memimpin Penuh BerwawasanMenciptakan KreativitiMelahirkan Guru Inovatif
Sahutlah Cabaran, PerubahanDaulatkan Bidang PendidikanGuru Inovatif MelonjakkanTransformasi Pendidikan NegaraMalaysia Ku Tercinta
Kita Berbicara Tentang InovasiCiptaan Baharu Gaya Hidup KiniMeningkatkan Produktiviti TerkiniTiada Pernah Jemu Tiada Putus AsaSedia Menimba Ilmu Di Mana SajaBinakanlah KeyakinanMerentasi Segala Harapan
Lagu : Rosman bin AdamLirik : Zainal Ariffin bin Yusof
