Samsung Galaxy Note atau???

Sebab banyak kali sangat update pasal Samsung Galaxy Note, hari ni wife tercinta ajak gi beli.. Yahoo… Dapat Samsung Galaxy Note free… 🙂

Tapi… Masuk tapi ni yang tak best ni.. Rilek dulu.. Jangan gelabah.. Macam biasa aku akan tanya sifu aku dulu.. En google la sapa lagi kan? Kali ni aku tak google pasal Samsung Galaxy Note, tapi Samsung Galaxy S III ( S3) sebab hari tu masa beli Samsung Galaxy Note untuk wife aku, salesman tu cakap Samsung Galaxy S III (S3) akan keluar tak lama lagi. Dan dah pasti spec dia akan lebih power dari Samsung Galaxy Note.

inikah rupa Samsung Galaxy S 3 ??

Samsung Galaxy S III (S3) dikatakan akan dilancarkan pada hujung bulan April atau pun Mei.. Tak lama lagi la tu kan??? sabo… Yang paling tak tahan tengok spec dia yang boleh menyebabkan pengguna Samsung Galaxy Note termenung sekejap.. 🙂 Tapi Samsung Galaxy Note memang terbaek setakat ni!!!

Atau inikah gambar S3??

Samsung telah mengesahkan bahawa Samsung Galaxy S III (S3) ini akan dilengkapi Exynos 4412 1.5-1.8GHz quad-core processor. pehh… Yang ni paling aku suka ni. Kalau nak dibandingkan dengan Samsung Galaxy Note yang menggunakan 1.4GHz Dual Core Processor. Processor baru ni bukan setakat laju je, malah boleh meningkatkan ketahanan bateri telefon tersebut. tapi kelajuan sebenar processor tu tak dapat dipastikan lagi, mungkin 1.5-1.8 atau mungkin lebih. Processor ini juga dikatakan akan 30% lebih laju dari S2 sekarang yang mana ia menggunakan Processor Exynos 4210: 45nm – 1.2 GHz – dual core – Cortex A9.

Skrin Galaxy S 3 akan lebih kecik daripada Galaxy Note, iaitu 4.6 inch, Super AMOLED Plus HD.

Yang pasti, tiada 3-D display untuk Samsung Galaxy S3 ni.. berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Samsung

Although Samsung Electronics is constantly exploring new technologies for our mobile devices, we have no immediate plan to include displays featuring 3D technology in our upcoming smartphones,”


Yang ni pun tak tahu la betul atau tak.. just a rumous..

Banyak lagi sebenarnya spec yang dikeluarkan oleh banyak laman web, tapi kebanyakannya rumous.. jadi tunggu je hujung bulan April ni atau bulan Mei nanti.. Galaxy Note atau S3, tunggu jela S3 keluar dulu… 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Galaxy S3 vs IPhone 5 Memang terbaik la iklan ni. Takda yang special sangat pun ngan iphone 5, biasa je. Tak segah bagai dikata.. Bagi aku, iphone 5 memang tak boleh lawan Galaxy S3.. banyak spec dia, antaranya yang ni ha… boleh update blog sambil layan video tu… Yang lain-lain tu tengok grafik ni je la… 🙂 SUAMI ISTERI MESTI [...]
  • Gajet terbaruku.. Galaxy S3 1.6.2012, setelah 2 jam beratur dan tunggu giliran.. Dapat jugak aku bawak balik Galaxy S3. Hari pertama promo celcom dah pergi, tapi dah habis stok katanya, jadi semalam sekali lagi aku pergi.. booth celcom bukak kul 10, kul 9.30 dah terpacak kat situ… ingatkan takde orang, rupa-rupanya dah ramai beratur.. huhuhu.. dapat la nombor yang [...]
  • Galaxy S 3 pada 3 Mei Sah, Samsung Galaxy S3 akan dilancarkan di Earls Court, London pada 3 Mei 2012 ini. Ini berdasarkan  jemputan kepada media di sana tentang tarikh pelancaran gajet terbaru Samsung itu. Spesifikasinya masih dirahsiakan walaupun bersepah blog-blog menceritakan spesifikasi Galaxy S3 ini dan kebanyakannya adalah khabar angin. Mungkinkah Galaxy S3 ini adalah generasi terbaru model Galaxy kerana [...]
  • 5 juta Galaxy Note dah terjual.. Sejak dilancarkan pada Oktober yang lepas, dah lebih 5 juta Samsung Galaxy Note terjual. Tu maknanya 1 juta sebulan Samsung Galaxy Note ni terjual. Peh… Kayo tokey Samsung.. 🙂 Perkembangan ini juga menyebabkan Nokia, gergasi telefon bimbit sebelum ini telah menutup banyak rangkaian kedainya di seluruh dunia seperti di Jepun, UK dan beberapa negara lagi. [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN