Scam Alert: Penipuan menggunakan telefon

IMG_20130826_170801Penipuan menggunakan telefon bukan perkara baru, dah lama. Cuma cara mereka bertambah licik dan pintar. Macam-macam cara digunakan untuk menipu orang ramai. Sekali dengar memang nampak macam real, tapi jika disemak dan diselidik balik, baru kita tahu mereka ni adalah sindiket terancang yang sentiasa cuba untuk menipu orang ramai. Kisah ni, bukan berlaku kat aku.. kawan maktab aku yang dah terkena.. semoga dapat dijadikan iktibar dan ingatan semua..

_______________________________________________________________

Hari yg kurang baik… satu pengajaran utk diriku n nak share dgn kawan2 guru yg menggunakan teachers kad bsn. Oleh kerana kad ini hanya ditawarkan utk guru dgn rate yg lebih rendah berbanding kad kredit lain membuatkan aku berminat utk memohonnya. Mungkin kerana tidak pernah memegang sebarang kad kredit membuatkan aku mudah tertipu dan aku terpaksa membayar rm399 kepada pihak yg aku kurang sendiri kurang pasti… penipuan yg cukup licik… bermula dgn salam yg menggambarkan dirinya seorang islam menyatakan beliau dr pihak bank ingin memastikan kad kredit yg aku terima adalah yg betul dgn meminta aku menyatakan tarikh luput kad kredit tersebut… kerana katanya takut aku mendapat kad kredit yg mempunyai tarikh luput yg tidak sama dlm simpanan mereka. Kemudian meminta aku menyatakan no kad kredit bg memastikan kad yg aku terima adalah dr betul. Oleh kerana kedangkalan aku pun memberi dan dia menyatakan no kad itu adalah betul. Tidak terlintas dgn memberi no itu kepada pihak bnk mereka boleh mengambil bayaran tanpa pihak bank menghantarkan sebarang mesej… aku pernah menggunakan kad kredit suami dan setiap transaksi akan dihantar mesej ke telefon bimbit bg mengesahkan kesahihannya transaksi tersebut. Dia terus bercakap dgn penuh infomasi sbg seorang yg tahu selok belok perjalanan permohonan kad kredit.. dia menyatakan selepas menerima kad kredit puan akan menerima kad zing.. kebetulan aku baru menerima kad zing tersebut. Dan selepas ini pihak puan akan menerima satu lagi kad kalau tak salah saya kad privilage di mana puan akan mendapat pemotongan harga apabila memberi brg2 tertentu. Pihak puan hanya perlu membayar yurannya sekali seumur hidup sebanyak rm399. Aku mula berasa tidak sedap hati sebab semasa kad ni dipohon aku dimaklumkan tiada sebarang pembayaran. Oleh kerana rantaian cerita yg disampaikan aku ingatkan dia maksudkan kad kredit bsn ni dikenakan charge.. oleh kerana hendak mengambil anak aku cuba memendekkan perbualan dan dia menyatakan utk menelefon semula. Tanpa memikirkan kemungkinan yg berlaku aku hanya mengabaikan panggilan tersebut. Sehingga semlm aku mendapat panggilan yg memaksa aku membayar insuran kemalangan sebanyak rm360 melalui potongan kad kredit… barulah aku terfikir utk berkongsi di status fb aku.. dan mendapat maklumat mereka ini bukan dr bsn dan lebih mirip kepada satu sindiket penipuan. Aku menghubungi sendiri service center kad kredit dan menyatakan pihak bsn tidak akan menelefon pelanggan utk menawarkan sebarang pakej. Hendak dijadikan cerita, pihak yg pernah menelefon aku utk memastikan tarikh luput kad bsn aku menelefon aku semula dan menyatakan pemotongan melalui kad kredit aku telah dibuat sebanyak rm399 pada 24 september beberapa minggu selepas aku mendapat kad kredit ini… mcm biasa bila bertekak mereka menyatakan aku telah memberi persetujuan yg aku pun tak pasti kesahihannya kerana tiada hitam putih dan aku tidak menyatakan aku bersetuju kerana aku hendak comfirmkan sendiri di bsn… malangnya aku terlewat n aku terpaksa bayar rm399 yg bg aku bukan jumlah yg kecil sebagai penjawat awam seperti aku. Tidak tahu di mana salahnya pihak bsn langsung tidak menghantar sebarang notis menyatakan pemotongan telah dibuat melalui kad kredit aku. Hari ni baru aku tahu dan utk memastikannya sekali lagi aku menghubungi bsn center dan mereka menyatakan pembayaran telah dibuat ke atas syarikat tersebut… mungkin ada yg menyatakan bukan rezeki aku.. ya aku terima tetapi takkan penipuan sebegini perlu didiamkan sahaja. Pihal bsn mencadangkan aku membuat laporan polis. Malangnya aku tidak mempunyai rakaman perbualan tersebut dan aku memilih utk berkongsi di laman ini agar dpt mengelakkan org lain menjadi mangsa penipuan ini. Seolah2 sistem perbankkan negara terlalu lemah.. maklumat anda boleh diekses di mana2 sahaja dan disebarkan sesuka hati.. aku tidak menuduh mana2 pihak tetapi pasti ada pihak yg bertanggungjawab.. aku yakin bukan aku seorang yg tertipu dan mungkin ramai di luar sana turut tertipu.. kisah ini diceritakan agar rakan2 fbku lebih berhati2 dan tidak menjadi mangsa seperti aku. pengajarannya disini
1.JGN SESEKALI MEMOHON KAD KREDIT DR AGEN LEBIH BAIK LAKUKANNYA DI BANK ITU SENDIRI.
2. JGN MENDEDAHKAN NO KAD KREDIT MESKIPUN MEREKA MENYATAKAN MEREKA DR PIHAK BANK, SEKIRANYA MEREKA DR PIHAK BANK SUDAH PASTI MEREKA TAHU MAKLUMAT KITA DAN MENGAPA KITA PERLU BERIKAN SEMULA.
3. JGN MELAYAN SEBARANG TAWARAN MELALUI TELEFON
4. PIHAK BSN TIDAK AKAN SESEKALI MENELEFON PENGGUNA KAD KREDIT KECUALI ADA BAYARAN TERTUNGGAK DAN MEMASTIKAN TRANSAKSI BERSKALA BESAR.
5. JIKA TERDAPAT SEBARANG KECURIGAAN TERUSLAH KE BANK TERSEBUT..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN