Seketika di kedai Ah Chong – servis motor da..

image

Dah lama tak servis moto, last servis bulan 6 tahun lepas… dah lama tu.. Kalau ikutkan bulan lepas dah kena servis.. Tapi memandangkan masa amat mencemburui aku.. 🙂 bulan ni baru boleh servis moto ni.. Ceh.. Macam sibuk sangat.. Padahal bajet lari.. Mana tak larinya bajet, bulan lepas jugak roadtax mati, dekat 400 jugak buat insuran ngan roadtax..
image

Kali ni koyak lagi.. Ingatkan nak tukar minyak hitam, minyak gear ngan check CVT je.. Tapi dah terlanjur bukak ni.. Macam-macam la nak kena tukar.. Tapi memang patut banyak barang kena tukar pun, dah setahun pakai motor sym ni, ni baru buat major servis.. Check semua la…

Part yang pertama memang dah kena tukar, belting… Dah crack, nasib baik check.. Kalau tak kena menolak la gamaknya… Biasanya belting dia memang kena tukar antara 10-15k km perjalanan.. Tapi motor aku ni baru nak cecah 10k km perjalanan, dah crack.. Kuat belasah kot…

Part yang kedua yang biji bulat-bulat tu.. Ada 6 bijik.. Dah longgar ataupun dah haus… Nak kena tukar jugak la jawabnya.. Ada 2 pilihan untuk menatang ni, yang ori, RM 50 dan yang racing punya seratus lebih.. Ala.. Pakai yang ori cukup la kan?? Bukan nak pergi race pun.. Ni pun dah laju dah..

Part yang lain semua ok, tukar minyak hitam, minyak gear dan servis CVT… Dah setahun pakai baru ni nak servis CVT. CVT ni kira sistem gear la.. Dah terasa longgar kat situ.. Bunyi pun bising sikit.. Semua benda kat dalam tu, dia spray buang habuk.. Then semua part dia cuci.. Cam baru jadinya lepas cuci.. Mengikut pendapat pakar, CVT ni kena jugak cuci sekali-sekala.. Baru best.. Buang habuk.. Buang kotoran.. Kasi ketat sikit..

Total semua hari ni..
image
Nasib baik kedai Ah Chong ni boleh guna kad debit.. kalu tak kena bukak buku hutang la.. bajet dalam
RM200 je… tapi lebih… huhuhu…

Ops lupa, aku servis motor sym gts 200 aku ni kat kedai Mah Seng, tokey dia orang panggil Ah Chong.. Kedai ni memang glamour la kat KL ni bagi pengguna motor jenis skuter ni.. Hampir semua jenis skuter dia buat.. Tapi yang besar-besar la.. Setakat ni aku tengok dia buat model SYM, Modenas, Aprilia, dan motor skuter lain yang besar.. Nouvo ke.. ego ke.. Click ke… Tak pernah tengok pulak.. Tapi sekarang motor superbike pun ada masuk kat kedai ni.. Ex-skuter user kot… Dah biasa buat ngan Ah Chong.. Buat ngan dia la senang cita..
image
image>

image
image
image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 Comments

  1. Matyan Matyan
    April 25, 2013    

    Salam bro, tanya sikit. Kedai ni kat area mana? apa alamat dia?

    Saya ni baru je pakai Vts200, first service (300 km – ikut manual).

    Thanks.

    • wandin wandin
      April 29, 2013    

      Dekat dengan bulatan edinburg yg ada federal bakery tu… hala ke jalan pasar, kedai dia sebelah kanan kalau masuk dari bulatan tu.. alamat dia tak tau la plak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN