Selamat hari guru 2014

Alhamdulillah, esok kali ke 13 aku sambut hari guru sebagai seorang guru. Macam sekejap je masa berlalu.. dah 13 tahun bergelar seorang guru… ada lagi 26 tahun untuk ditempuh… tu pun kalau umur panjang… sempena hari guru ni, mari kita sedekahkan Al-fatihah kepada guru-guru kita samada mereka masih hidup atau pun telah pergi meninggalkan dunia yang penuh tipu daya ni… Al-fatihah..

Tema Hari Guru 2014

GURU : PENCETUS KREATIVITI, PENJANA INOVASI.

bingkisan dari kawan… Ceritanya…

Semalam,
Ada mak bapak yang datang meradang,
Menghentak meja, bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Mcm amuk pemain bola dibuang padang.

Ceritanya…

Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yang ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek pendek,
Pengalaman yang ada disukat cetek,
Telinga cikgu mendengar jelek.

Ceritanya…

Hari ini,
Ada murid yang datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tanya kenapa liat,
Hari-hari lambat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa, cikgu tak boleh nak sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat.

Ceritanya…

Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja untuk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yang rajin tiga belas,
Yang lain malas !

Ceritanya…

Nanti,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar,
Silap-silap masuk surat khabar.

Ceritanya…

Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yang ada tak cukup padan,
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapat keputusan number one.

Ceritanya…

Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak tak tahu berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tapi cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih,
Luhur hatinya tetap ditagih.

Ceritanya…

Hari ini,
aku berterima kasih,
Pada guru yg berperit jerih,
Yang tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukuplah sekadar terima kasih.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Tema Hari guru 2014 Tema hari Guru kali ke 43 pada tahun 2014 telah dipersetujui oleh Menteri Pendidikan iaitu “GURU PENCETUS KREATIVI, PENJANA INOVASI” DEFINISI TEMA HARI GURU 2014 Guru: Kata GURU merangkumi semua warga pendidik yang menyumbang khidmat bakti dalam semua bentuk institusi pendidikan yang menjadi penggerak serta pendukung kepada pembangunan pendidikan negara   Pencetus: Merujuk maksud peranan [...]

2 Comments

  1. May 16, 2014    

    Selamat hari guru untuk semua guru d malaysia

    • wandin wandin
      May 16, 2014    

      Terima kasih..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN