Selamat hari guru buat semua guru dan juga diriku..

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu ku… tanpa cikgu-cikgu semua.. entah apa la aku buat sekarang… 🙂 Selamat hari guru juga buat semua rakan seperjuangan..

Seperti biasa, setiap kali 16 Mei, bertalu-talu mesej masuk di telefon nak ucapkan “Selamat Hari Guru Cikgu”.. Macam-macam gaya… macam-macam ayat ada.. kadang-kadang dapat mesej yang sama je dari orang yang berlainan… nampak sangat mesej forward je… 🙂

Hadiah  tak yah cerita la.. kadang-kadang sampai penuh satu bonet kereta.. Tapi sebagai seorang guru, ikhlas aku cakap.. aku tak nak semua tu.. cukupla hadiah kejayaan dan doa dari kalian semua… wahai anak muridku… Ada ke anak murid aku baca ni??… harap-harap ada la… tak hari ni.. esok atau lusa..

Kalau yang masih hidup boleh la kita hantar mesej, PM kat facebook.. tapi kalau yang dah tiada??? camana??? Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk semua guru-guru kita…

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada Hari Guru dan guruku tercinta)

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.
Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulang ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah ...   Hari Guru 2012 akan disambut seperti biasa pada 16 Mei 2012. Sambutan di peringkat kebangsaan akan dilancarkan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Mengikut perancangan pihak KPM, pelbagai aktiviti sempena hari guru 2012 akan diadakan. Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN