Selamat tinggal Samsung

Terasa sayang jugak nak tolak S3 aku ni. Spec memang bagus, tapi yang tak bestnya ngan S3 ni, bateri dia… Baru pakai setengah hari bateri dah kong. Tiap-tiap hari nak kena standby power bank. Kalu power bank pun lupa, jem…. Buat tukun je la S3 tuh..

Setelah beberapa hari fikir, akhirnya aku tolak jugak S3 tuh….
image

Dan akhirnya Lenovo jadi pilihan aku… Sebab utama adalah bateri. Aku pilih P780 sebab bateri dia 4000 mAh. Kalau full charge, estimate boleh pakai sampai 40jam.. Yang best lagi pasal bateri P780 ni, dia boleh jadi power bank jugak…. Aku mula-mula pun tak percaya ngan fungsi ni, sampai salesmen tu tunjuk demo baru lah aku percaya. Nak charge tab pun boleh..

P780 ni jugak guna quad core processor, jadi tak banyak beza ngan S3.. Masih laju dan stabil..

Yang paling penting sebab apa aku ambik Lenovo ialah, murah.. Walaupun spec dia tinggi.. Harga masih murah, tak sampai 1k.. Tak macam S3 dulu, lebih 2k aku beli.. Padahal banyak fungsi dia tak berguna pun..

Gambar guna camera Lenovo ni pun boleh tahan.. Kalah S3, 
image

Tak banyak gambar yang ada, baru pakai tak sampai 24 jam.. 🙂

Satu lagi fungsi yang aku suka ialah Lenovo P780 ni guna dual sim. Jadi kalau sebelum ni kena bawak  2 telefon, sekarang bawak satu je la.. Nak manage sim kad pun senang.. Boleh setting Sim mana untuk call, SMS atau internet..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN