Semua Aktiviti Air Libatkan Kolam Semula Jadi Di Kem PLKN Dihenti – Zahid

image

Semua aktiviti air melibatkan kolam semula jadi dalam Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dihentikan serta merta, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata langkah itu adalah untuk menjaga keselamatan pelatih PLKN berikutan insiden kematian seorang pelatih akibat kencing tikus.

Ketika mengesahkan kematian R.Vinoth dari kem Terkok, Sungai Siput, Perak akibat penyakit kencing tikus, Ahmad Zahid, yang melahirkan rasa simpati terhadap keluarga mendiang, berkata keluarga mangsa akan menerima insurans berjumlah kira-kira RM50,000.

“Pemilik kem Terkok itu telah membuat rayuan untuk membuka semula kem berkenaan namun saya bertegas ia ditutup demi keselamatan pelatih PLKN,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan buku 100 Wira Negara di Universiti Islam Antarabangsa (UIA) di sini.

Buku terbitan Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) itu memuatkan 100 tokoh negara, antaranya Tun Seri Dr Mahathir Mohamad, Datuk Sudirman Arshad, Mat Kilau dan Tok Kenali.

— BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN