Sejak semalam, nak update blog pun takde perasaan… Jiwa je ada kat KL, tapi raga dah pun sampai kat Taman Negara… Biasa la kan… Eksaited.. Tambah pulak hari ni kena handle untuk permainan bagi sambutan Hari Guru peringkat sekolah… Tapi, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan baik…
Ni mungkin entry terakhir sebelum ke sana.. mungkin je la… Kalau ada kemudahan, ada la entry lagi… Tapi yang pasti, bermula esok sampai 28… Memang takde entry… Hekeleh… Ada orang kisah ke?? 🙂
Barang semua dah pack dalam dry bag (hyper hear 20 liter), senang.. Takyah nak risau kalau ujan ke… Bot terbalik ke.. Memang konfirm takkan basah punya… Cukup la stok untuk 3 hari…
Ni list barang yang ada dalam dry bag tu..
Dah terlanjur cerita pasal water proof bag, aku cerita pasal waterproof case untuk camera la. Untuk camera pulak, aku guna Dicapac, memang konfom jugak takkan basah… Dah terbukti.. Aku dah guna dicapac ni dah lebih setahun dulu… Dah bawak sampai puncak Kinabalu, dah bawak masuk sungai ( boat rafting dan body rafting ) kat Sungai Kiulu, Sabah…. Dah bawak masuk dalam laut jugak masa kat Pulau Redang… Aku dah try skin dive lebih kurang 3-5 meter, memang kompom tak masuk air… Kalau setakat snorkeling tu memang takde masalah la… Dicapac ni memang boleh bawak masuk air sampai 10 meter..
Nex-5 dengan lens 18-200… Tapi kalau pakai lens ni tak bleh boleh masuk dalam dicapac, 18-55 bleh kot.. Masa beli dia ada bagi extender untuk lens.. Tapi tak pernah pakai sebab xde lens tu.. Aku ada lens 18-200 ngan 16mm je… Jadi kalau nak pakai dicapac, boh lens 16 mm je la… Huhu..
Dicapac untuk model Sony Nex.. Dicapac WP-610…
Sony Nex-5 dengan lens 16 mm.. Kena bukak tali dulu sebelum masukkan ke dalam dicapac
Dicapac yang dah disumbat dengan nex-5 + 16mm
