Senarai Harga Rokok Bermula 1 April

image

Bermula 1 April, harga rokok akan turun naik lagi…

Kiraan harga rokok  dengan menganggap setiap hari sekotak ialah
Sebulan = RM480
Setahun = RM5760
2 tahun = RM11 520
10 tahun = RM57 600

Banyak tak??? Sikit je kan? 🙂

Itu kalau tahun depan tak naik.. Kalau naik lagi, bayangkan berapa banyak duit dapat disimpan atau dibelanjakan ke jalan yang lebih baik..

Fikir-fikirkan dan selamat merokok.. 🙂

 

Update:

Senarai harga tersebut adalah PALSU

Kuala Lumpur: Syarikat British American Tobacco (BAT) Malaysia menafikan senarai harga rokok yang menjadi viral pada hari semalam adalah harga semakan bermula 1 April.

Dalam satu kenyataan ringkas, jurucakap BAT berkata, mereka sedar berkenaan senarai harga yang diedarkan melalui media sosial.

“Pihak kami menegaskan bahawa senarai harga itu adalah palsu dan laporan polis sudah dibuat.

“Pada masa yang sama, kami mengesa orang ramai supaya tidak mengedar senarai harga itu,”kata kenyataan itu.

Senarai harga itu diedarkan dalam media sosial sejak malam semalam sehingga menimbulkan tanda tanya sama ada kenaikan itu adalah disebabkan oleh pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) pada minggu hadapan.

Berdasarkan kepada senarai harga palsu itu, setiap rokok keluaran BAT mengalami kenaikan sebanyak RM2 iaitu setinggi 18 peratus.

Bagaimanapun terdapat jenis rokok di dalam senarai itu yang tidak di jual di Malaysia seperti jenis Pall Mall kretek.

– See more at: http://www.hmetro.com.my/node/39275#sthash.hqOGidzk.dpuf

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN