Sistem SAPS Kementerian Pelajaran Malaysia yang membebankan guru

Saya disini mewakili ratusan ribu guru di Malaysia ingin memohon jasa dan kudrat dari pihak kerajaan khususnya bahagian pendidikan agar berlapang dada dengan aduan ini. Sistem SAPS yang kononnya diselenggara oleh pakar IT kementerian ini ibarat meletakkan batu seberat 10 TAN di kepala kami sebagai warga pendidik.

Pada dasarnya sistem ini sememangnya berpotensi dalam membentuk satu sistem dalam talian yang akan memberi pelbagai impak positif kepada seluruh masyarakat. Namun akibat kurangnya “cakna” okleh pihak kerajaan, kami nampak sistem ini seperti projek tangkap muat dan warga pendidik menjadi kambing hitam atau tikus makmal. Apa yang berlaku?

  1.  Kadar masa untuk memasuki sistem ini purata seorang guru terpaksa Log-in 3-10 Kali.
  2. sistem biasanya akan “CRASH” atau bermasalah sekiranya ada lebih dari 1000 orang guru cuba memasuki sistem ini pada masa yang sama.
  3. Data yang telah disimpan kadangkala akan hilang dengan sendirinya malahan hilang secara total. Natijahnya guru akan bersengkang mata dari malam hingga ke pagi untuk mengisi kembali markah pada sistem ini.
  4. Bebanan guru akan bertambah sebanyak 50% kerana untuk mengisi markah ke dalam sistem, masa yang diambil untuk mengisi markah tidak kurang dari 3 jam iaitu diluar waktu kerja. Malahan ada guru ambik pendekatan pengisi markah pada waktu awal pagi antara julat 12.30 pagi-4pagi kerana beranggapan pada masa itu tidak ramai guru lain yang memasuki sistem.
  5. Malah ada kes dimana data guru lain termasuk kedalam sistem dan data guru lain. Dengan tekanan dari pihak PPD dan JPS yang kononnya ber ‘DATELINE” maka guru terpaksa mengejar masa sehinggan mengabaikan tanggungjawab hakiki.
  6. Sistem yang memalukan kerana 2000 orang guru dalam talian akan menyebabkan sistem SAPS ini akan JAMMED dan CRASH walaupon saya pasti kerajaan ada memperuntukkan jutaan ringgit untuk memperkembang sistem ini. Sistem harga jutaan tapi kapasiti dan kualiti seperti budak hingusan baru belajar cipta blog.

Saya berharap aduan ini dipanjangkan kepada pihak yang berwajib. Kami warga pendidik ingin sekali mendengar apa hujan dan alasan yang akan diberikan oleh pihak yang bertanggunjawab. Jangan tambah lagi bebanan kami dan kepada pihak atasan, cukup-cukuplah meriba tangan dan bersilang panggung. Tolong turun ke padang dan atasi masalah ini.

By: Siti Roshayu

Sumber: AduanRakyat

Komen-komen menarik oleh pembaca di web AduanRakyat

Guru yang layari FB itu bukan apa, sambil tunggu berjam-jam untuk masukkan satu maklumat di saps, pangkalan data dan yang macam-macam lagi. Buatlah kerja sampingan. Kalau buka FB yang lebih canggih sistemnya, paling lama pun tunggu 30 saat sahaja.  Saya bukan guru, tapi saya kasihan tengok guru yang perlu menggunakan lebih banyak masa mengisi maklumat online setelah habis tugas di sekolah. Sampai larut malam (ada yang tak tidur malam untuk mengejar dateline)  tanpa overtime yang dinikmati oleh pegawai dari jabatan lain.

-Along

 

Hanya guru yg senasib memahami masalah guru…saya pun mmg rasa sgt terbeban dgn semua sistem online yg diperkenalkan …semuanya nk online,ada dateline…tinggal di sekolah pedalaman mcm saya nk habiskan satu kerja mggunakan sistem online sgt2 mencabar…nak masukkan satu nama murid kna tunggu sampai berjam2….berapa lama nk kna hadap komputer? Anak2 terabai…rumah x terurus kerna nak kejar online…dan dokumentasi yg berpuluh2 perkara nk kna sedia….

Wahai insan yg cemburu pd guru…
awak x rasa jd cikgu zmn skrg…sbbtu awak blh ckp mcm2…cemburu sbb gaji ???swasta naik x kecoh,maka x de perubahan pd harga brg tp bila gj k.tgn kjaan naik masuk s.khabar,televisyen dsb,pendek kata kecoh satu dunia psl gaji kjaan naik maka peniaga pun bergasak2 naikkan harga barg so..cb fikir kenaikn gaji dgn hrga brg yg semuanya naik tu byk sgt ke untungnya..bg yg x de ank xbnyk tanggungan mngkin x terasa tp yg ank ramai…fuh…apapun kami bersyukur dapat jgk naik gaji ,mudah2an tugas yg semakin berpuluh tan ini berbaloi dgn gaji yg diterima…yg penting buat kerja dan bersyukur..yg x sdpnya bila ada yg bukan guru komen tntg tugas guru dan gaji guru!!!!!!!!

-Greenrose_09

 

Saya amat memahami masalah sistem bodoh lagi bebal ini. Sebagai system developer and engineer yang selalu tolong isteri saya (yang bertugas sebagai guru) mengisi markah murid-murid di tengah malam buta memang menyusahkan. Daripada pengalaman saya sistem ini seolah-olah di design dan coding oleh budak baru lepas abis belajar. Inilah akibat terlaku banyak sub contract.

Berikut cadangan saya kepada penyelengara sistem SAPS untuk memperbaiki sistem dalam jangka yang pendek dan seterusnya mengurangkan beban guru mengisi semula.

1. Sediakan template (excel sheet atau pun lain-lain yang bersesuaian) untuk cikgu isi markah secara offline.

2. Lepas cikgu mengisi template markah secara offline, mereka hanya perlu login ke sistem dan upload file markah tersebut kedalam sistem.

3. Apa yang sistem perlu buat ialah membaca markah-markah di dalam file markah dan masukkan kedalam pangkalan data.

Dengan ini dapatlah mengurangkan msalah cikgu terpaksa mengisi semula jika sistem crash.

-System

Online..oh..online..saya terpaksa bersengkang mata dari 8 pm sampai ke subuh..nak isi markah murid (SAPS) , data pelajar (APDM) dan lain2..kawasan bandar yan ada liputan internet yang baik ok lah..tapi..yang di luar bandar..pedalaman..itulah yang terjadi….bagi mereka yang bkn dl bidang pendidikan, mungkin boleh komen suka hati je..itulah..ini lah..lu fikirlah sendiri..cubalah nyatakan pendapat untuk penambahbaikan..bukannya pandai nak komen/cari elemahan je..

-Vodafonesz19

Kalau nak baca komen-komen terbaru, sila KLIK SINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Isi data saringan khas LINUS tahun 3 SUAMI ISTERI MESTI ADA PRODUK NI Sekarang semua guru subjek Matematik dan Bahasa Melayu tahun 3 sibuk mengisi data Saringan Khas Linus Tahun 3 yang telah dijalankan pada minggu lepas di semua sekolah di seluruh Malaysia. kalau nak isi di waktu pejabat, berjanggut la jawabnya.. Nak login pun dah ambil masa dekat 5 minit. Belum [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN