Skim Bantuan Membaiki Rumah Baitulmal MAIWP 2015 diadakan untuk membantu Golongan Asnaf membaiki kediaman dan rumah mereka.
Inisiatif Bantuan Membaiki Rumah ini ditawarkan kepada warga Wilayah Persekutuan sahaja. Walaubagaimanapun, mereka yang berada di negeri-negeri lain boleh menghubungi baitulmal negeri masing-masing untuk mengetahui bantuan yang boleh diterima oleh mereka yang layak.
Antara syarat untuk memohon bantuan membaiki rumah ini ialah:
1. Islam.
2. Warganegara malaysia.
3. Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari satu tahun dan masih menetep di Wilayah Persektutuan.
4. Tertakluk kepada pengiraan Had Kifayah.
5. Rumah tersebut mestilah terletak di Wilayah Persekutuan.
6. Mesti memiliki geran tanah sendiri
7. Pemohon tidak memiliki lain-lain rumah di Malaysia.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi
Talian bebas tol baitulmal MAIWP : 1800 88 5222
Hotline jejak Asnaf: 012-518 3614 / 012-512 7614
atau layari www.maiwp.gov.my
Antara bantuan lain yang diberikan oleh pihak baitulmal MAIWP ialah:
- Skim Bantuan Kewangan Bulanan
- Skim Bantuan Menyelesaikan Hutang
- Skim Bantuan Deposit / Sewa Rumah Bulanan
- Skim Bantuan Membaiki / Membina Rumah
- Skim Bantuan Deposit Pembelian Rumah Kos Rendah
- Skim Bantuan Haemodialisis / Peralatan Kesihatan / Perubatan Am
- Skim Bantuan Deposit Motosikal Oku
- Skim Bantuan Deposit Sewa Beli Teksi
- Skim Bantuan Deposit Van / Bas Sekolah
- Skim Bantuan Perniagaan / Pertanian / Perikanan / Penternakan
- Skim Bantuan Perkahwinan
- Skim Bantuan Guaman Syarie
- Skim Bantuan Musibah
- Skim Bantuan Kecemasan
- Skim Bantuan Tambang Dan Keperluan Diri
- Skim Bantuan Persediaan Sekolah
- Skim Bantuan Am Persekolahan
- Skim Bantuan Persediaan IPT (Sepenuh masa sahaja)
- Skim Bantuan Am Perlajaran IPT
- Skim Bantuan Tuisyen (Wilayah Persekutuan Labuan Sahaja)
- Skim Bantuan Galakan Hafaz Al-Quran
