Sejak aku guna S3 lebih kurang 3 minggu yang lepas, memang aku perasan ada sedikit masalah dengan S3 ni.. masalah kecil je, tapi tak seronok la kan…
Masalahnya yang aku perasan, masa keluar application atau berada di ‘home’ screen, skrin henfon ni akan berkelip sedikit.. jadi blink-blink gitu..
Tapi hari ni, Samsung dah release untuk update firmware S3 ni.. masih android 4.0.4 lagi cuma ia adalah kernel version terbaru.
Update ni senang je, tak payah nak sambung apa-apa.. cuma guna wifi je, saiz fail pun takla besar sangat. Tak guna wifi pun ok..
Selepas di update ke firmware terbaru… skrin yang blink-blink tu pun dah takde.. yang lain tu tak perasan lagi la setakat ni apa yang berubah…
