Spiderman tawan First Tower

Alain Robert, yang terkenal sebagai seorang yang suka memanjat bangunan tinggi tanpa memakai tali dan kelengkapan keselamatan sekali lagi mencuri tumpuan dunia dengan aksi terbarunya. Kali ni Robert memanjat bangunan tertinggi di Perancis iaitu First Tower.

Robert sekali lagi menggadai nyawanya untuk memanjat First Tower setinggi 231 meter di kawasan pusat perniagaan La Defense, barat Paris juga tanpa menggunakan tali dan sebarang alat keselamatan.

Robert juga telah memanjat lebih 100 bangunan pencakar langit dan monumen di seluruh dunia dalam tempoh 15 tahun.

Biasanya, Robert melakukan aktiviti berbahaya itu tanpa mendapat kebenaran tetapi tidak pada kali ini kerana diberi keizinan oleh pemilik bangunan tersebut. Malaysia juga tidak terkecuali sebagai destinasi Robert untuk melakukan aksi berbahayanya itu. Robert pernah mencuba untuk memanjat KLCC sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1997 dan 2007, tetapi digagalkan oleh pihak berkuasa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN