Status halal Stemcell dari Phytoscience

MENJAWAB ISU PRODUK DOUBLE STEMCELL DARI SYARIKAT PHYTOSCIENCE
image

Tuan/puan,

JAKIM mengesahkan bahawa produk Double Stemcell dari syarikat PHYTOSCIENCE merupakan BUKAN PEMEGANG SIJIL PENGESAHAN HALAL MALAYSIA.

Hasil siasatan JAKIM, syarikat tersebut didapati telah menggunakan logo halal secara salah dan perkara ini adalah bersalahan dengan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011. Jika disabitkan kesalahan, syarikat berkenaan boleh dikenakan denda sehingga RM200,000.00 bagi kesalahan pertama.

Sehubungan itu, kenyataan yang dikeluarkan oleh Pegawai Perhubungan Awam Bahagian Hab Halal, Cik Nadia Zammil Md Nasir sebelum ini adalah BENAR.

Pengguna di luar khususnya dinasihatkan untuk berhati-hati memilih produk halal sebagai produk gunaan seharian dalam kehidupan.

Sekian, terima kasih.

Sumber:
Seksyen Komunikasi Korporat
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
20 Januari 2014

Sumber FB JAKIM

image

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN