Subaru WRC STI: Lawan evo kini tiba

20120621-145905.jpg

20120621-145842.jpg

KERETA Subaru ini didatangkan dengan penggayaan badan sedan. Justeru itu rata-rata perubahan adalah bahagian kosmetik. Masih dijana enjin boxer 2.5 liter, Subaru WRX STI yang sering dibandingkan dengan Lancer Evo ini sudah menjengah pasaran tempatan pada harga atas jalan RM249,000.

Bagi peminat Kejohanan Rali Dunia (WRC), nama WRX STI pasti tidak lekang dalam ingatan. Walaupun Subaru telah menarik diri dalam siri kejohanan tersebut pada 2008, pertarungan epik antara Impreza WRX dengan Mitsubishi Lancer Evo masih berlanjutan sehingga sekarang.

Masih lagi mengekalkan platform enjin boxer turbo yang digandingkan sistem All-Wheel Drive (AWD), Subaru kini mengembalikan semula WRX dalam bentuk sedan empat pintu berbanding hatchback lima pintu pada versi sebelum ini.

Dan pada versi kali ini juga pihak Subaru menggugurkan nama Impreza dan hanya mengekalkan nama WRX STI sahaja. Masih dikuasakan enjin 2.5 liter DOHC Turbo Subaru Boxer, jentera prestasi ini menghamburkan kuasa buas 300PS dan kilas tertinggi 407Nm. Bagi kelancaran penghantaran kuasa, Subaru WRX STI dipadankan dengan dua pilihan transmisi iaitu lima kelajuan automatik ataupun enam kelajuan manual.

Ia juga dibekalkan dengan Sistem Multi- Mode Vehicle Dynamics Control (VDC) yang membenarkan anda bermain dengan kawalan tarikan yang menawarkan
prestasi fl eksibel bagi keadaan prestasi pemanduan.

Dengan tiga mod yang didatangkan termasuk Normal untuk pemanduan harian dan Traction bagi mereka yang menginginkan pengalaman pemanduan berprestasi. Bagaimanapun untuk merasai keseronokkan pemanduan seperti di litar, kondisi terbaik buat anda adalah mematikan keseluruhan sistem.

Selain itu, Subaru sedan ini juga turut menawarkan Pemanduan Pintar Subaru (SI-Drive) di mana ia menala sifat enjin dan tindak balas pendikit.

Menerusi tiga tawaran Intelligent, Sport dan Sport Sharp anda boleh memilih mod pemanduan yang sesuai dengan keperibadian. Di bahagian luarnya, ciri-ciri warisan sukan pemotoran Subaru dapat dilihat. Jarak antara roda kiri dan kanan yang lebar, dan overhangs yang pendek membolehkan kereta ini dikawal dengan kestabilan yang tinggi dan cemerlang.

Arc roda yang lebar berfungsi untuk mengalirkan udara secara optimum ke arah sistem brek ketika menyahkan suhu panas dari bay enjin. Downforce pada kelajuan tinggi juga dapat ditingkatkan dengan rekaan aerodinamik bampar depan, liang sisi, dan spoiler belakang.

Dibawakan oleh Motor Image Malaysia Sdn Bhd, pengedar rasmi jenama Subaru di Malaysia, Subaru WRX STI dijual pada harga RM249,000. Model berkenaan kini sudah pun berada di pusat pameran seluruh Malaysia dan untuk maklumat lanjut sila layari www. motorimage.net/MY.

Dan…satu berita baik buat anda di mana Subaru akan melancarkan model pemasangan tempatan (CKD) dalam tahun ini iaitu Subaru XV.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN