Surat lewat buat tuntutan

lewatDah jadi rutin seharian sekarang selain dari layan facebook atau menggeledah laman-laman web di internet, bukak web maybank2u atau pun cimb clicks. Mana tahu ada duit masuk dari mana-mana sumber yang tak disangka-sangka kan?? Hehehe.. semalam ada masuk sedikit dari web affiliate, hari ni masuk pula tuntutan perjalanan yang tahun lepas punya. Dah lupa claim apa entah. Tak banyak pun, sikit je.. ūüôā

Jadi teringat satu surat yang berguna untuk tuan-tuan/puan-tuan buat tuntutan. Surat lewat tuntutan, iaitu surat untuk buat tuntutan lewat dari sepatutnya. Tarikh akhir dah lepas baru nak hantar, jadi kena ada surat ni sebagai permohonan membuat tuntutan lewat. Boleh faham?? Hehehe.. Cam berbelit-belit pulak ayat ni..

Tanpa membuang masa, ni surat tersebut. Sila ubah-suai mana-mana yang perlu.

 

NAMA PENUH
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS
KUALA LUMPUR

_______________________________________________________________________________________

Akauntan
Alamat penuh pihak berkenaan
Kuala Lumpur                                                                                                   30 September 2014

Tuan,

KELEWATAN MEMBUAT TUNTUTAN ELAUN PERJALANAN BULAN SEPTEMBER 2014

Dengan hormatnya saya merujuk perkara di atas.

2. Adalah dimaklumkan bahawa saya telah terlewat untuk membuat tuntutan elaun perjalanan bagi bulan SEPTEMBER 2014..

3. Saya telah terlepas pandang dalam membuat tuntutan elaun perjalanan bagi bulan SEPTEMBER 2014 disebabkan kesibukan saya dalam menjalankan tugasan harian. Dengan ini, saya memohon maaf di atas kelewatan saya membuat tuntutan.

4. Sehubungan itu saya memohon jasa baik tuan agar dapat memproses tuntutan elaun perjalanan saya ini. Kerjasama tuan amat saya hargai.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
NAMA PENUH
ALAMAT TEMPAT BERTUGAS
KUALA LUMPUR

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN