Posts tagged Akaun facebook palsu

83 juta akaun palsu di kesan oleh Facebook

SAN FRANCISO – Facebook percaya setakat ini lebih 83 juta akaun palsu telah diwujudkan melalui laman sosial terkenal itu.

Menurut kenyataan syarikat itu yang diterbitkan pada minggu ini, sebanyak 8.7 peratus daripada 955 juta profil akaun telah menyalahi peraturan yang ditetapkan Facebook.

Selain itu, terdapat pelbagai kesalahan lain dilakukan seperti profil kedua yang didaftar atas nama pengguna yang telah berdaftar sebelum ini dengan 4.8% kes dilaporkan.

20120803-131351.jpg

Sebanyak 2.4 peratus daripada jumlah keseluruhan yang dilaporkan itu terdiri daripada akaun profil peribadi yang digunakan untuk tujuan perniagaan atau haiwan peliharaan manakala sebanyak 1.5 peratus daripada akaun itu dikategorikan sebagai tidak begitu aktif dalam menggunakan laman sosial itu.

Kajian ini dilakukan untuk menentukan keberkesanan strategi pemasaran sesebuah produk dan perkhidmatan sesebuah perniagaan yang menggunakan platform laman itu sebagai langkah promosi jualan mereka.

Facebook turut menjelaskan akaun ‘duplicate’ ialah akaun yang digunakan seseorang itu selain daripada akuan utamanya.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN