Posts tagged akibat main diablo 3

Main game Diablo III selama 40 jam hingga mati

Di Taiwan, seorang remaja berumur 18 tahun yang dikenali sebagai Chuang ditemui mati selepas bermain game Diablo III  selama 40 jam. Remaja tersebut bermain game tersebut di dalam sebuah bilik khas di sebuah cafe internet. Pembantu cafe siber tersebut menemui remaja itu terbaring di atas meja pada awal pagi 15 Julai lalu.

Pekerja terbabit menemui remaja tersebut sedang duduk di kerusi di dalam kafe tersebut dan apabila dia mengejutkan remaja berkenaan, remaja itu rebah.

Mangsa disahkan meninggal dunia sebaik sampai di hospital.

Polis masih menyiasat punca kematiannya dan bedah siasat akan dijalankan ke atas mayatnya.

Bagaimanapun punca kematiannya dipercayai akibat sakit jantung selepas duduk selama berjam-jam dalam posisi yang sama. READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN