Posts tagged amuk di twitter

Azwan Ali mengamuk lagi di Twitter..

Artis mengamuk di twitter dan facebook ni dah jadi macam trend pulak di Malaysia.. tapi biasa la kan.. kalau dah jadi artis, apa pun yang diorang buat.. mesti jadi perhatian.. Masyarakat marhaen macam kita ni selalu jugak mengamuk kat facebook, kat twitter.. tapi ada ke diorang kesah??? sebelum ni kecoh cerita pasal Zed Zaidi yang kononnya tak berpuashati dengan kemenangan Aaron Aziz semasa ABPBH tempoh hari.. Kali ni cerita pasal Azwan Ali pulak..

Pengacara tempatan terkenal, Azwan Ali sekali lagi telah mencetuskan kontroversi apabila menggunakan akaun Twitter miliknya untuk meluahkan rasa marah terhadap ibunya sendiri dengan menggunakan kata-kata kurang elok.

Perkara tersebut berlaku selepas sebuah portal menyiarkan luahan kekecewaan ibunya, Che Tom Yahaya, 78, terhadap sikap abangnya yang juga seorang ahli politik, Azmin Ali yang dikatakan telah mengabaikannya dan sudah berubah sikap.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN