Posts tagged apa itu saps

Cara menyemak markah menggunakan SAPS untuk ibu-bapa

Ibu-bapa kini boleh menyemak markah peperiksaan anak-anak secara online menggunakan SAPS iaitu Sistem Analisis Peperiksaan sekolah. Ibu-bapa hanya perlu memasukkan nombor myKid anak untuk membuat semakan.

Cara untuk menyemak markah menggunakan SAPS adalah seperti berikut:

1. Klik web SAPS >>>> http://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php dan paparan seperi berikut akan muncul

semak saps

2. Masukkan nombor kad pengenalan (myKid) atau sijil lahir pelajar (tanpa dash “-” atau space).

3. Pilih samada SEKOLAH RENDAH atau SEKOLAH MENENGAH dan pilih TAHUN.

4. Klik SEMAK laporan dan paparan berikut akan muncul.

saps ceritawan

5. Pilih KEPUTUSAN PEPERIKSAAN, samada UJIAN 1, PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN, UPSR, PT3, SPM atau sebagainya.

6. Kemudian klik di ANALISIS MARKAH; samada ‘papar slip keputusan’ atau ‘papar markah peperiksaan.

Ibu-bapa juga boleh menyemak dan mencetak markah-markah anak masing-masing pada tahun-tahun yang lepas menggunakan sistem SAPS ini.

Sistem ini bukan sahaja memudahkan guru, malah ibu-bapa dan murid juga dapat menyemak dan mencetak markah terkini dan lepas dengan mudah dimana-mana sahaja.

Ibu-bapa hanya boleh menyemak markah terkini murid setelah guru memasukkan markah peperiksaan terbaru murid dan setelah tarikh akhir pengisian markah dilepasi.

untuk tahun 2015, hanya markah tahun 6 sekolah rendah dan tingkatan 4 5 bagi sekolah rendah adalah wajib diisi di dalam sistem SAPS ini. Bagi darjah 4 & 5 dan tingkatan 1, 2 dan 3 pengisian markah adalah TIDAK WAJIB.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN