Posts tagged bajet 2013 tarikh

Bajet 2013 tidak lama lagi

Datuk Seri Najib Razak optimis terhadap unjuran ekonomi negara bagi tempoh separuh akhir tahun ini dan tahun depan kerana berdaya tahan, terutama sejak kerajaan melaksanakan program transformasi.

Sambil menjelaskan inisiatif itu meliputi Program Transformasi Kerajaan (GTP) serta Program Transformasi Ekonomi (ETP), Perdana Menteri bagaimanapun berkata tetap berhati-hati berikutan risiko ekonomi global menguncup yang perlu diberi perhatian.

Beliau berkata, usaha kerajaan meningkatkan kekayaan negara menerusi program transformasi akan memanfaatkan seluruh rakyat antara lain dapat menyediakan kemudahan dan perkhidmatan lebih baik, termasuk bagi warga emas.

“Sebagai contoh perkhidmatan kesihatan, faedah persaraan serta faedah jangka pendek lain yang lebih baik,” katanya menjawab soalan peserta pada sesi sembang secara langsung melalui laman web New Straits Times (NST), NSTLive, di Balai Berita di sini, semalam.

Beliau yang ceria sebaik tiba di Balai Berita, tenang memberi tumpuan kepada soalan dalam talian pada sesi sejam itu dengan pada ketika tertentu, kelihatan serius berfikir dan ada kala tersenyum lebar, malah ketawa mesra.
READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN