Posts tagged checklist mancing kelah

Bersiap untuk ke Taman Negara

20120524-010918.jpg

25 hingga 28 Mei ni, aku dan rakan-rakan GP1adventure akan ke Sungai Keniam untuk memancing kelah kat situ.. Dah lama program ni dirancang dan setakat hari ni mengikut perancangan yang dah dibuat..

Selama 4 hari tu la jugak blog ni takkan berhupdate… Huhuhu… Tapi kalau blog ni berupdate dalam masa tu, tu maknanya hantu raya aku update 🙂 . Kat dalam Taman Negara tu, jangan kata line internet, line telefon pun takde… 🙁

Ok, Ni check list untuk memancing di Taman Negara, mana tahu esok lusa korang plak nak gi mancing kat sini. Jadi check list ni boleh dijadikan panduan..

1. Rod & Reel yang bersesuaian.
2. Tali main line 25 – 40 lbs mono.
3. Mata kail Daichi saiz 16.
4. Klip gelap.
5. Batu penabur.
6. Perambut.
7. Umpan Sawit.
8. Umpan lain (cengkerik / ubi kayu / umpun-umpun)
9. Mata udang.

Kelengkapan peribadi pula:
READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN