Kekayaan tidak bermakna jika tidak memiliki kesihatan yang baik. Seiring dengan kemajuan yang telah dicapai, pelbagai kaedah moden telah diperkenalkan untuk merawat pelbagai penyakit.
Buat masa ini, Penjawat Awam diberikan rawatan secara percuma di hospital kerajaan. Namun ada kalanya masa menunggu giliran yang lama agak merimaskan. Walaupun terdapat banyak hospital pakar swasta yang menyediakan rawatan pantas, kos rawatannya agak tinggi dan perlu ditanggung sendiri. Kos ini di luar kemampuan kebanyakan Penjawat Awam.
Menyedari hakikat ini, CUEPACS telah melancarkan Skim CuepacsCare untuk membantu Penjawat Awam mendapat rawatan pakar di hospital swasta.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi En Sufian di talian 0179853270 atau 0199850015








