Posts tagged elak meratapi kematian

Larangan meratapi kematian

Dalam drama atau filem, kita selalu tengok kalau ada kematian, mesti kaum keluarga terutama orang terdekat akan meraung dan meratap atas kematian tersebut. Masyarakat sepatutnya tidak dididik dengan perkara sebegitu kerana meraung dan meratapi sesuatu kematian adalah dilarang kerana ia hanya akan menyebabkan si mati akan diazab oleh Allah. Sedih memang sedih, tetapi selagi boleh dikawal, kawal la perasaan kita. Cukup sekadar menitiskan airmata.

Harap perkongsian ini memberi manfaat kepada kita semua kerana kematian itu adalah suatu yang pasti.. InsyaAllah…

 

Mengoyak-ngoyak baju, berteriak seperti teriakan jahiliah perlu dielak

Setiap hati akan berasa sedih dan duka apabila berpisah dengan orang yang paling dicintai baik suami, anak, ibu, bapa atau saudara-mara. Sesungguhnya, perasaan sedih adalah satu fitrah dalam diri manusia.

Ketika Ibrahim, putera Rasulullah SAW meninggal dunia, Baginda mendekati Ibrahim yang sudah terbujur kaku, lalu memeluk dan menciumnya. Air mata Rasulullah pun berlinangan.

Abdulrahman bin Auf yang melihat keadaan itu bertanya Rasulullah: “Apakah engkau menangis, ya Rasulullah? Baginda menjawab: Wahai Ibn Auf. Titisan air mata adalah satu rahmat.”
Maka air mata Baginda pun terus menitis hingga akhirnya Baginda bersabda: “Sesungguhnya mata pasti akan menitiskan air mata, sedangkan hati pun bersedih. Kita tidak boleh berkata kecuali yang diredai oleh Allah. Dan kami benar-benar sedih atas kepergian Ibrahim.” (Riwayat Muttafakun alaih)

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN