Posts tagged hari guru 2012

Selamat hari guru buat semua guru dan juga diriku..

Selamat Hari Guru buat semua cikgu-cikgu ku… tanpa cikgu-cikgu semua.. entah apa la aku buat sekarang… ­čÖé Selamat hari guru juga buat semua rakan seperjuangan..

Seperti biasa, setiap kali 16 Mei, bertalu-talu mesej masuk di telefon nak ucapkan “Selamat Hari Guru Cikgu”.. Macam-macam gaya… macam-macam ayat ada.. kadang-kadang dapat mesej yang sama je dari orang yang berlainan… nampak sangat mesej forward je… ­čÖé

Hadiah┬á tak yah cerita la.. kadang-kadang sampai penuh satu bonet kereta.. Tapi sebagai seorang guru, ikhlas aku cakap.. aku tak nak semua tu.. cukupla hadiah kejayaan dan doa dari kalian semua… wahai anak muridku… Ada ke anak murid aku baca ni??… harap-harap ada la… tak hari ni.. esok atau lusa..

Kalau yang masih hidup boleh la kita hantar mesej, PM kat facebook.. tapi kalau yang dah tiada??? camana??? Jom sedekahkan Al-Fatihah untuk semua guru-guru kita…
READ MORE »

Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah 2012

 

Hari Guru 2012 akan disambut seperti biasa pada 16 Mei 2012. Sambutan di peringkat kebangsaan akan dilancarkan di Dewan Jubli Perak, Kuala Kangsar, Perak. Mengikut perancangan pihak KPM, pelbagai aktiviti sempena hari guru 2012 akan diadakan.

Mesyuarat Jawatan Kuasa Induk Perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan juga telah memutuskan bahawa sambutan Hari Guru peringkat sekolah hendaklah dilaksanakan serentak dengan perayaan Hari Guru Peringkat Kebangsaan iaitu pada 16 Mei 2012. Semua sekolah yang mempunyai kemudahan dikehendaki mengikuti siaran langsung Program Sambutan Hari Guru 2012 di RTM 1 atau di EduWeb TV. Jika tiada kemudahan, sekolah juga boleh mengikuti siaran langsung tersebut melalui radio seperti Nasional FM, Klasik FM, Traxx FM, AiFM, dan Minnal FM mulai pukul 11 pagi pada 16 Mei 2012.

Bagi sekolah-sekolah yang mempunyai asrama pula (sekolah harian dan berasrama penuh) , KPM meminta supaya mengadakan Solat Hajat dan Bacaan Yasin pada 10 Mei 2012.

Surat siaran berkaitan Sambutan Hari Guru 2012

Berikut adalah antara program yang akan diadakan,

AKTIVITI PERAYAAN HARI GURU

 

10 Mei 2012 (Khamis)
SOLAT HAJAT & BACAAN YASIN
7.00 petang di Masjid Putra, Putrajaya
& serentak di semua masjid seluruh negara

 

13 Mei 2012 (Ahad)
MAJLIS PELANCARAN PAMERAN PENDIDIKAN
10.30 pagi di Padang SMK Clifford, Kuala Kangsar, Perak

 

14 Mei 2012 (Isnin)
BAHAS GURU ALA PARLIMEN PERINGKAT SEPARUH AKHIR
8.00 pagi di Dewan Kolej Islam Darul Ridzuan (KISDAR)
& Dewan Hargreaves, Kolej Melayu Kuala Kangsar, Kuala Kangsar, Perak

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN