Kssr Tahun 4 | ceritawan.com
Aku dan Duniaku

Posts tagged kssr tahun 4

Peruntukan waktu tahap 2 KSSR tahun 4

Mulai 2014, tahap 2 iaitu tahun 4  akan menggunakan kurikulum KSSR dengan peruntukan waktu yang telah disesuaikan berdasarkan KSSR tahun 1-3… berikut adalah peruntukan waktu bagi tahun 4 KSSR yang akan digunakan bermula tahun 2014

IKLAN

image

Posted from WordPress for Android

Info KSSR tahun 4

Info ni aku dapat dari facebook. Betul atau salah tu tak tahu la.. tapi ada la juga logiknya kat situ.
image

_______________________________________________________________________________________________________
Sebagai perkongsian maklumat untuk semua.

1. Mulai tahun hadapan, sistem pentaksiran KSSR bagi tahun 4 tidak lagi diisi di dalam talian. Pentaksiran hanya dibuat di sekolah dan tidak perlu dihantar lagi kepada KPM.
2. Sistem fail perkembangan dan fail show case dimansuhkan (Tahun 4 sahaja manakala tahun 1,2 dan 3 dikekalkan).
3. DSK dan DSK dimansuhkan dan diganti dengan DSKP (Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran). Sistem DSKP lebih mudah dan mesra pengguna.
4. Sistem B1DE1E1 dimasnsuhkan dan guru tidak perlu lagi merujuk kepada DSK dan DSP untuk membuat RPH. Guru perlu merujuk kepada DSKP.
5. DSKP ini merupakan penambahbaikan daripada sistem DSK dan DSP. Perubahan ini dimulakan secara berperingkat mulai tahun 4 (2014), tahun 5 (2015), tahun 6 (2016) dan tahun 1,2 dan 3 (2017)- tertakluk kepada perubahan.
6. Perubahan ini melibatkan semua subjek (23 subjek) di sekolah rendah kebangsaan dan sekolah rendah jenis kebangsaan.

IKLAN

Kursus penerangan berkenaan DSKP ini akan diadakan di seluruh negara bermula dengan Zon Sarawak 19-20 Ogos dan seterusnya seperti berikut:
- Zon Sabah Labuan 21-22/8
- Zon Timur Kuala Terengganu 26-27/8
- Zon Utara Ipoh 28-29/8
- Zon Tengah 2-3/9
- Zon Selatan Puteri Resort Ayer Keroh 4-5/9

(Maklumat diatas hanya melibatkan tahun 4 sahaja. Tahun 1,2 dan 3 kekal seperti biasa. Sistem DSKP bermula tahun hadapan)

p.s: TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN!!!

( INFO Group Komuniti KSSR Bahasa Arab Negeri Kedah )

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN

Facebook

Archives

Kategori