Posts tagged murid makan cili

Murid didenda makan cili padi

20120426-092355.jpg

Inilah orang kata, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga.. Kerana kes-kes macam ni la semua guru dilabel sebagai sama dan bertindak mengikut perasaan. Memang niatnya betul… Nak mendidik.. Tapi kena berpada-pada la kata orang kan???… Kena sesuai dengan peredaran masa dan sebagainya… Kalau dah gini gayanya… Patut ke tak???

Didenda makan cili padi

IPOH – Gara-gara mengoyak buku tanda protes kerana dihalang menghubungi ibunya, seorang murid sebuah sekolah agama swasta di Taiping terpaksa menahan azab kepedasan apabila didenda makan cili padi tanpa diberi setitik air.

Akibat denda itu, Ainul Aiman Hafiz Ainul Azizul Rahman, 10, dimasukkan ke Hospital Columbia Asia Taiping dan disahkan mengalami Acute Gastritis (gastrik) dan trauma terhadap makanan bercili.

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN