Posts tagged pbppp tu apa

Download Isi Kandungan Fail Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

pbpppApa itu Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP)

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu kaedah penilaian yang menilai kompetensi dan potensi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP)  berdasarkan konsep Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work Place) mengikut standard prestasi yang ditetapkan selaras dengan Program Transformasi Kerajaan (GTP  2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2025.

PBPPP merupakan penilaian baru bagi menggantikan PTK yang lebih memfokus kepada elemen pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira keunikan pelbagai skim perkhidmatan bagaimanapun tertakluk kepada garis panduan JPA.

Fail PBPPP ini dikongsikan oleh En Abd Haffis Bin Desa, seorang guru dari SK Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai, Kedah di group PBPPP di facebook.  Jutaan terima kasih kepada cikgu.

Antara kandungan yang terdapat dalam fail ini ialah:

  1. Peranan dan tanggungjawab.
  2. Pelan Pembangunan Profesional.
  3. Sumbangan kepada organisasi,  profesion.
  4. Bahan bukti dalam PdP, kepimpinan.
  5. Penilaian PdP, kepimpinan.
  6. Anugerah dan pencapaian.

Berikut mesej beliau di Facebook di group tersebut.

Assalamualaikum..saya cikgu Abd Haffis Bin Desa daripada SK Kebangsaan Parit Haji Aman, Bagan Serai, Perak ingin berkongsi dengan warga guru semua isi kandungan fail PPB yang telah saya siapkan. Ada bahagian-bahagian yang perlu guru-guru sertakan lampiran seperti sijil, anugerah dan sebagainya. Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada cikgu-cikgu semua.

Untuk muat-turun fail tersebut, sila klik disini>>>> Download Fail PBPPP DISINI

Cara nak download fail tersebut:

1. Klik link berwarna merah di atas.

2. Setelah paparan baru muncul, klik download seperti rajah di bawah untuk mendownload semua fail. Fail ini dalam bentuk .rar dan memerlukan winrar untuk membukanya.

download

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN