Posts tagged Tema merdeka 2012

Merdeka 55 tahun sudah..

image

Janji ditepati.. semua dah tahu itu adalah tema sambutan Hari Kemerdekaan untuk tahun 2012 ni. Kalau ditengok pada tema- tema sebelum ni, tema tahun ni paling”menarik” hingga pelbagai isu timbul… dari temanya… logonya.. hinggalah lagu tema merdeka tu sendiri..

Kenapa jadi macam ni ye?? Kalau dulu, masuk bulan Ogos je, dah banyak kereta, lori, motorsikal… hatta basikal pun diletakkan Jalur Gemilang… rasa la jugak bahang sambutan hari kemerdekaan… tapi tahun ni, semua jadi hambar… sekarang jangan kata kat basikal, kat kereta pun susah nak tengok Jalur Gemilang dikibarkan… kalau nak tengok bendera banyak, pegi je ke sekolah, bangunan-bangunan kerajaan… kat situ memang banyak..

READ MORE »

Tema Hari Merdeka 2012

20120626-092306.jpg

Tema Hari Merdeka 2012. “1Malaysia  55 tahun, Janji Ditepati”(UPDATED) dipilih sebagai tema sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini yang akan diadakan di Kuala Lumpur pada 31 Ogos 2012.

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata, bagi perayaan tahun ini, ia akan melibatkan penyertaan lebih aktif golongan belia dan penyertaan spontan orang ramai.

Perarakan Hari Kemerdekaan akan diadakan di Dataran Merdeka manakala pada sebelah malamnya Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan bersama rakyat di Stadium Nasional Bukit Jalil untuk menyampaikan amanat merdeka dan amanat Hari Malaysia.

“Pada keseluruhannya saya yakin perayaan Hari Merdeka dan Hari Malaysia kali ini akan lebih hebat dari dulu, cuma tinggal lagi pada 16 September kita akan beralih ke Sarawak untuk meraikan Hari Malaysia dan jawatankuasa mencadangkan supaya kita bersama-sama pula ke kawasan luar bandar di Sarawak,” katanya. – BERNAMA

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN