Posts tagged tranformers 2014

Transformers bosan???

image

Kali terakhir aku tengok wayang mungkin 8 @ 9 tahun lepas.. Tu pun sebab Ben Ashaari yang ajak.. Kalu tak memang tak la… Dah lupa tengok cita apa stealh ke apa entah… Masa tu layan mid night.. Baru balik meniaga kat pasar malam.. Dengan letihnya.. Ngantuknya… Semua ada… Last-last terlelap gak la dalam panggung tu… ­čÖé

Akhirnya tak tahan ngan godaan trailer transformers kat youtube dan review kawan-kawan, hari ni terpergi juga aku ke MBO kat Viva Mall Cheras.. ­čÖé Beli tiket online je.. Senang.. Tak yah beratur.. Beli tiket kul 2.45 petang.. Lepas solat jumaat terus gi Viva Home dengan Adam… Ni pun first time bawak Adam masuk wayang.. Bagi dia pengalaman tengok wayang.. Dah lama dia ajak tengok wayang, kali ni baru terasa nak bawak dia.. Biasa download je, tengok kat rumah.. Yang untungnya tengok time orang lain kerja ni, tak ramai orang… Ada la dalam 20 orang dalam panggung tadi.. Adam siap golek-golek depan skrin… Hahaha..image

Boleh tahan panjang transformers kali ni.. 2 jam 30 minit.. Aksi pun best dan gempak.. Kalu nak cita logik, memang tak logik la.. Namapun filem adaptasi kan?? Siap ada robot dinosaur, naga semua… Tapi bagi aku transformers kali ni memang best.. Rasa cam nak gi tengok yang 3D pulak… Hehehe…

 

Review lengkap Transformers oleh Sinarharian

READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN