Posts tagged zizan razak raya

Zizan Akan Sambut Hari Raya Sampai Pengsan?

Jika sebut sahaja Zizan raja lawak sudah pasti secara semulajadi anda akan tersenyum dan tergelak. Malah ada dilangan anda yang akan mula bercerita tentang babak lucu lakonannya di pentas atau filem yang telah dibintanginya.

Minggu lalu Astro Gempak berpeluang bertemu Zizan Razak di sebuah majlis buka puasa anjuran pihak Astro sempena pra tonton iklan raya yang juga menyaksikan penampilan khas oleh Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Menceritakan aktiviti-aktiviti beliau di bulan ramadan ini, Zizan akui menerima banyak jemputan menjayakan majlis berbuka puasa dan turut menjalani beberapa penggambaran program yang bakal bersiaran di hari raya nanti.

Menurut Zizan, beliau bersyukur kerana rezeki yang diterimanya pada bulan Ramadan kali ini berlimpah ruah. Pelbagai undangan berbuka puasa dan tawaran berlakon diberikan kepada Zizan terutamanya menjelang bulan Ramadan. READ MORE »

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

IKLAN