Taman Komodo diisytihar antara 7 keajaiban dunia

20120518-090159.jpg

JAKARTA – Taman Negara Komodo di Timur Nusa Tenggara, Indonesia yang menempatkan spesies biawak gergasi, kini diisytiharkan sebagai salah satu daripada Tujuh Keajaiban Baru Alam Semulajadi oleh Yayasan New7Wonder, semalam.

“Kejayaan taman ini merupakan contoh terbaik bagaimana komuniti boleh bersama-sama melindungi spesies yang hampir pupus.

“Undian terhadap taman negara ini amat tinggi dan jelas sekali masyarakat begitu menyokong selain berbangga dengan warisan alam semulajadi mereka yang mana adalah sebahagian khazanah terbesar dunia,” menurut Presiden Yayasan New7Wonder, Bernard Weber dalam satu sidang akhbar.

Selain itu, Duta Komodo Indonesia, Jusuf Kalla memberitahu, taman yang menjadi habitat biawak gergasi dan lebih 276 spesies haiwan lain mendapat sebanyak 200 undian.

Setakat ini, enam keajaiban baru yang diiktiraf adalah Teluk Ha Long di Vietnam, Air Terjun Iguazu di sempadan Argentina dan Brazil, Pulau Jeju di Korea Selatan, Sungai bawah tanah Puerto Princesa di Filipina, Gunung Meja di Afrika Selatan, dan hutan hujan Amazon di Amerika Selatan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN