Dah banyak kali kes tangan budak tersepit di eskalator berlaku. Bukan di Malaysia sahaja, malah kes sebegini berlaku di seluruh dunia. Ada yang sampai putus tangan, putus kaki dan sebagainya.. Yang terbaru berlaku di Kajang.. Tapi alhamdulillah, tiada kecederaan parah berlaku.. Tahniah kepada pihak bomba kerana berjaya menyelamatkan budak kecik ni… semoga jadi pengajaran kepada semua…
Laporan ringkas Pihak Bomba dan Penyelamat Kajang
Pada 03.05.2014 jam 1639 bilik kawalan Kajang terima panggilan khidmat khas tangan tersepit di tangga bergerak (escalator ) FRT 02 dipandu PB 8441 diketuai PBKll 7652 bersama 3 orang anggota dan FRT 03 dipandu PB 9407 dan diketuai PB 7048 bersama 2 orang anggota dikejarkan ke lokasi.
Sampai di lokasi didapati seorang kanak-kanak lelaki berumur lingkungan 6 tahun tangan tersepit di escalator. Anggota bomba berjaya mengeluarkan dan menyelamatkan tangan mangsa kanak-kanak yang tersepit itu.
