Tangan guru dipotong sebab pulas telinga murid

Semalam heboh di facebook, whatsapp dll pasal tangan guru yang kononnya dipotong sebab pulas telinga seorang murid. Cari dalam paper online takde pulak berita pasal tu.. Mmmm..

Hari ni keluar pulak cerita ni tentang kes potong tangan tu..  Kes hutang rupanya…

image

image

Pada 05/02/14 jam lebih kurang 5.30 petang semasa Zainal (mangsa) pulang dari kerja bersama seorang rakannya yg dikenali sebagai Iman, mangsa dan Iman ada minum minuman keras sebanyak 5 tin. Kemudian Iman telah mengajak mangsa ke rumah Mayling di Kg Pelandok Laut Sadong Jaya, bertujuan untuk meminta hutang ayah Iman sebanyak RM300 drp Mayling.Semasa tiba di hadapan rumah Mayling, Iman telah meminta hutang tersebut kepada Mayling. Mayling bersetuju dan terus masuk ke dalam rumah manakala mangsa bersama rakannya menunggu di luar rumah. Tidak lama kemudian Mayling telah keluar dengan membawa sebilah parang panjang dan terus mengejar mangsa dan Iman. Mangsa dan Iman telah melarikan diri namun mangsa telah ditetak di pergelangan tangan kiri. Kemudian mangsa dibawa oleh penduduk kampung ke Klinik Kesihatan Sadong Jaya dan seterusnya dibawa ke Hospital Umum Kuching kerana mengalami kecederaan parah dan ditempatkan di wad kecemasan.Hasil pemeriksaan doktor menyatakan semasa menerima mangsa, mangsa dalam keadaan putus pergelangan tangan kiri, namun keadaan mangsa stabil. Menurut doktor, kecederaan mangsa berkemungkinan disebabkan oleh sesuatu alat/senjata tajam yg berukuran panjang lebih kurang 2 kaki.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN