Telemarketing yang menyusahkan orang

Benci betul kalau dapat panggilan dari nombor- yang tak dikenali. Nak jual insuran la.. Nak suruh upgrade astro la.. Nak suruh gi buat screen test la

image
*sekadar gambar hiasan. Takde kena mengena sama ini celita.. Peace…

Hari tu dapat call, dia cakap menang cabutan bertuah sempena motoxpo hari tu. Yang peliknya, dia siap suruh bawak satu keluarga pergi ke Hotel Palace of Golden Horses tu. Nak buat apa? Aku yang menang, aku jela kena pergi kan?

Jadi aku pun mulakan siasatan… Ala google je la kan???

Rupa-rupanya dah ramai orang terkena. Diorang jemput kita pergi ke hotel untuk melihat-lihat hotel, pakej percutian dan sebagainya. Dan menurut mereka lagi, sebagai ganjaran kita akan diberikan boucer penginapan.. Entah la betul ke tak. Kalau tengok kat threat tu, ada sorang je yang pergi. Memang dapat katanya. Wallahuaklam…

Hari ni dapat lagi kol dari nombor yang lain pulak. Promot nak suruh upgrade astro… Kemon la.. Kalu nak upgrade, dah lama aku tepon astro la.. Nak downgrade ada la. Minggu lepas suka-suka je diorang tukar pakej astro kat umah aku. Ada ke patut dia tukar astro b4u ke astro bella ? Ingat aku ni kaki telenovella ke.. Ni lah jadinya kalau takda saingan.. Ikut suka diorang je nak tukar.. Aku bukan la kaki layan hisdustan, tapi kalau dah boring sangat tu layan je la kan? Baik dari layan telenovela yang entah hapa-hapa tu.

Nombor-nombor yang patut diabaikan.. (akan diupdate dari masa ke semasa)

0379519600 – dah 5-6 kali diorang kol, tapi angkat je letak. Telefon balik tak angkat pulak tu.. Ingat nak juga bagi ucapan-ucapan manis kat diorang ni.

037463333 – sama jugak macam tadi.. Kol balik tak angkat

0321754999 – Palace of Golden Horses, biasanya diorang cakap kita menang cabutan bertuah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

3 Comments

  1. dd dd
    October 3, 2012    

    good to know. thx for sharing. so bile depa call to upgrade astro tu kire scam gak ke? sebab memang hampir2 nk cakap yes dah pun..

    • wandin wandin
      October 3, 2012    

      Tu bukan scam.. cuma panggilan promosi yang kadang-kadang mengganggu kita… memang kerja diorang untuk call dan buat promosi..

  2. October 3, 2012    

    0379519600 aku pun depa kol. diam ja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN