Tema dan logo Hari Kemerdekaan ke-56

logo merdeka 2013PUTRAJAYA – Tema ‘Malaysiaku Berdaulat : Tanah Tumpahnya Darahku’ telah

dipersetujui oleh Jemaah Menteri dipilih sebagai tema Hari Kemerdekaan ke-56.

Tema yang lebih bersifat perpaduan dan berorientasikan kepada patriotik dan

kesatuan Negara bangsa ini dipilih bagi memberikan peringatan kepada rakyat akan

kepentingan bersatu mempertahankan Negara disamping mewujudkan kesedaran

rasa sayang dan cintakan Negara.

 

Selaras dengan pendekatan tema ini, konsep sambutan pada tahun ini akan lebih

menjurus kepada elemen-elemen perpaduan, patriotik, kedaulatan dan keselamatan

Negara. Insiden pencerobohan Lahad Datu dan Semporna menjadi iktibar terbaik

dalam memperbaiki teras utama dalam bidang ketenteraan.

Sempena pemilihan tema ini, satu pertandingan logo kemerdekaan juga turut

diadakan selama 10 hari dan dibuka kepada rakyat Malaysia. Hadiah wang tunai

disediakan untuk pemenang utama bernilai RM5,000 serta sijil penghargaan serta 10

hadiah saguhati bernilai RM1,000 setiap satu dan sijil penghargaan. Logo yang

dipilih bagi tahun ini ialah seperti di Lampiran. Sebanyak 480 penyertaan daripada

rakyat Malaysia telah diterima.

 

Sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-56 ini, beberapa acara akan diadakan

bagi meraikan hari kegemilangan ini iaitu :

 

i) Majlis Pelancaran Kibar Jalur Gemilang yang akan diadakan pada 16 Ogos

2013 di Dataran Zero, Sungai Petani, Kedah.

 

ii) Sambutan Ambang Merdeka pada 30 Ogos 2013 akan diadakan buat

pertama kalinya di Pusat Maritim Putrajaya dan dimeriahkan dengan

pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh Perbadanan Putrajaya. Acara yang

bermula pada jam 5.00 petang itu dimeriahkan dengan Karnival

Pertandingan Bunga Api Antarabangsa Putrajaya.

 

iii) Acara Perbarisan dan Perarakan Hari Kemerdekaan Ke-56 pula diadakan

pada 31 Ogos 2013 melibatkan persembahan Pasukan Keselamatan

Negara yang terdiri daripada gabungan Agensi Penguatkuasaan Maritim

Malaysia (APMM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera

Malaysia (ATM). Turut diadakan pameran aset pasukan keselamatan

negara dan demonstrasi lintas udara oleh PDRM dan ATM. Acara ini

melibatkan empat segmen iaitu Rukunegara, Kesatuan Rakyat Perpaduan

Sejagat, Kemakmuran Negara Kesejahteran Bersama dan MalaysiaKu

Berdaulat : Tanah Tumpahnya DarahKu dengan penyertaan lebih kurang

4,000 orang termasuk acara formasi di padang.

 

Tahun 2013 juga istimewa kerana ia merupakan Sambutan Jubli Emas Hari

Malaysia. Sempena sambutan ini, kedua-dua negeri Sabah dan Sarawak akan

mengadakan pelbagai acara bagi memeriahkan sambutan ini. Acara-acara yang

akan diadakan adalah:

 

i) Acara Bot Berhias yang akan diadakan pada 15 September 2013

bertempat di tebingan Sungai Sarawak.

 

ii) Acara sambutan di Sarawak diadakan pada sebelah siang 16 September

2013 di Padang Merdeka, Kuching dan dijangka turut melibatkan

pelancaran duit syiling khas sempena Jubli Emas sambutan berkenaan.

 

iii) Sambutan acara Jubli Emas Hari Malaysia Ke-50 di Sabah pula akan

diadakan di Tanjung Aru, Kota Kinabalu. Pelbagai program diadakan

sempena sambutan ini bermula pada 15 September 2013 termasuk

pelbagai aktiviti Karnival Rakyat. Acara kemuncak sambutan pada 16

September 2013 di Sabah akan dimeriahkan dengan penyertaan semua

kaum di Sabah yang terdiri dari 35 kumpulan kaum/etnik yang lengkap

dengan pakaian tradisional suku kaum masing-masing dan akan diadakan

pada sebelah malam.

 

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai kesemua program dan

aktiviti sempena sambutan Hari Kemerdekaan Ke-56 dan Jubli Emas Hari Malaysia

Ke-50 menerusi www.malaysiamerdeka.gov.my.

 

Dikeluarkan oleh:

Unit Komunikasi Korporat

Kementerian Komunikasi dan Multimedia

2 Ogos 2013

No. Ruj. : KPKK/UKK/100/3/3 (30)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

1 Comment

  1. August 19, 2013    

    Selamat menyambut Hari Kemerdekaan Ke 56.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN