Tethering – khas untuk Samsung Android

image

Post ni khas untuk pengguna Android yang rasa tak tahu satu fungsi khas yang ada pada android iaitu tethering. Kalu yang dah tahu tu, tak payah baca pun takpa… Tapi kalau nak baca apa salahnya kan??? Mana tahu apa yang aku tulis ni salah ke.. Boleh tolong betulkannn… Kan? Aku buat post ni pun tadi sebab ada member tanya, boleh ke kita share internet kat telefon ni ngan orang lain? Bagus la sebab bertanya kan.. Malu bertanya sesat jalan.. tapi dah lama guna baru sekarang nak tanya.. 🙂

Ok, kalau yang masih tak tahu apa itu tethering, meh nak bagitau.. Meh.. Meh.. Bahasa mudahnya, tethering ni ialah kita jadikan henfon kita sebagai wireless modem. Kita kongsikan sambungan internet kita dengan orang lain.. Contohnya camni, kita subscribe pakej talian henfon kita bersama dengan pakej data untuk melayari internet, kita kongsikan pakej data tu dengan orang lain dengan menjadikan henfon kita sebagai modem. Pada masa yang sama, kita juga boleh melayari internet seperti biasa.. Sambungan ini boleh dibuat sehingga 5 gajet, tak kira la laptop ke, henfon ke, ipod ke… 5 je maksimum.. Tapi bateri cepat habis la..

Ni caranya:
1. Tekan ‘APPLICATIONS’

2. Tekan ‘SETTING’

3. Tekan ‘WIRELESS & NETWORK’

4. Tekan ‘TETHERING’

5. Tekan ‘MOBILE AP’

6. Tekan ‘MOBILE AP SETTING’

7. Tekan ‘CONFIGURE MOBILE AP’

8. Masukkan SSID >> nama wireless anda. apa-apa sahaja, contohnya ‘ceritawan wifi’

Security : WPA2 PSK

Masukkan Password: apa sahaja tidak kurang dari 8 karakter, contohnya 12345678

9. Save…

Dah siap… Selamat berkongsi WIFI.. tapi jangan terkejut jika handphone anda berasa panas. Kadang-kadang boleh sampai 50’c, camana nak tahu temperature handphone??? install application phone temperature la…

 

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN