Tunjukkan rasa sayang kepada Nabi Muhammad SAW

Hari ini, umat islam di Malaysia akan mengadakan perhimpunan di kedutaan US sebagai tanda bantahan kepada penghinaan yang telah dibuat kepada nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Bagi yang tidak berkesempatan untuk menyertai demonstrasi ini, banyak lagi perkara yang boleh kita lakukan sebagai tanda ingatan dan sayang kita kepada Nabi Muhammad SAW. Antaranya seperti berikut:

Gambar oleh DPPM

 

1) Banyakkan menyebut nama dan berselawat kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.
2) Baca sirah perjuangan Baginda صلى الله عليه وسلم.
3) Contohi akhlak mulia Baginda صلى الله عليه وسلم.
4) Perjuangkan segala tinggalan Baginda صلى الله عليه وسلم.
5) Berusaha menjadi ummah yang Baginda صلى الله عليه وسلم banggakan.
6) Cintai apa dan siapa yang dicintai oleh Baginda صلى الله عليه وسلم.
7) Berkumpul menunjukkan sayang pada baginda صلى الله عليه وسلم (majlis maulid, demonstrasi di Kedutaan US  dsb).

Demonstrasi hari ini memang bukan segalanya. Tapi ia sekelumit tindakan yang terbit dari hati yang mengasihi Rasulullah صلى الله عليه وسلم. Mudah-mudahan ia dikira amalan yang boleh kita bawa berjumpa Baginda صلى الله عليه وسلم di Mahsyar nanti. Berkumpul di hadapan Kedutaan US dengan akhlak yang baik, kemudian pulanglah dengan hati yang terus membakar dengan kasih kepada Baginda صلى الله عليه وسلم.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Syiah Malaysia makin berani sekarang Tak sangka, golongan Syiah di Malaysia kini makin berani menonjolkan diri. Hari ni, dalam sibuk-sibuk umat islam berdemonstrasi menunjukkan bantahan terhadap filem innocent of muslims di kedutaan Amerika, mereka turut sama berdemo. Siap bawak poster Ayatollah Khomieni dan banner “ya hussein” lagi tu. Pihak berkuasa perlu mengambil tindakan segera terhadap mereka ini. Jika dibiarkan, makin [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN