Uncle Seekers ditahan kerana menghina Sultan Johor

20120705-163027.jpg

Pengamal paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas, atau lebih popular dengan gelaran Uncle Seekers, ditahan dekat Plaza Tol Senawang, Negeri Sembilan, pagi tadi.

Penahanan beliau dipercayai berkaitan artikel dalam laman blognya, uncleseekers.blogspot.com. Beberapa laporan polis dibuat berhubung artikel itu.

Blog Uncle Seekers sejak kebelakangan ini banyak menulis tentang Sultan Johor dan kebanyakannya adalah tentang kekayaan dan cerita-cerita lain tentang baginda serta kerabat-kerabat baginda.

“Polis menerima tujuh laporan polis ke atas pengendali laman blog itu sejak 13 Jun lalu. Susulan itu, dua pasukan polis telah melakukan tangkapan ke atas malam tadi.

“Kedua-dua yang ditangkap untuk siasatan lanjut bersangkut kes di bawah Seksyen 8(1) (d) Akta Rahsia Rasmi 1972,” katanya pada pemberita di Johor Bharu, tengah hari tadi.

Mohd Akhir berkata, jika disabit kesalahan mereka boleh dipenjara setahun dan tidak melebihi tujuh tahun.

Tangkapan ke atas mereka telah dilakukan semalam, lebìh kurang 9.45 malam di Tol Senawang, Seremban, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, bapanya Syed Abdullah, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online berkata, beliau tidak ada maklumat lanjut mengenai penahanan anaknya itu.

“Saya difahamkan dia ditahan malam tadi. Orang beritahu saya dia ditahan. Saya belum dapat pengesahan. Dia pun belum hubungi saya,” kata bapanya, Syed Hussein Alattas atau lebih dikenali dengan gelaran Pak Habib ketika dihubungi Sinar Harian Online sekitar 10 pagi tadi.

Berdasarkan laporan media 1 Julai lalu, 30 individu membuat laporan polis terhadap Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

 

Laporan polis dibuat di Balai Polis Sentral, Johor Bahru bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata, pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

“Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini,” katanya.

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN