Usop Wilcha tersingkir dari Hot FM?

Khabar angin mengenai pelakon, Shy8 atau lebih popular dengan nama Usop Wilcha akan meninggalkan kariernya sebagai penyampai radio di stesen Hot FM bukanlah lagi cerita baru, malah tuan badan juga pernah menafikannya.

Bagaimanapun, namanya sekali lagi tiada dalam senarai rombakan terbaru barisan penyampai Hot FM yang tersebar di beberapa portal hiburan.

Shy8 yang dihubungi Zass berkata, buat masa ini, dia masih lagi bertugas sebagai penyampai di stesen radio tersebut dan tidak akan membuka mulut berkaitan rombakan terbaru yang
dilakukan Hot FM sehinggalah pihak pengurusan sendiri yang mengumumkannya.

“Tunggulah sehingga kenyataan media dikeluarkan oleh Hot FM sebagai menghormati tugasan mereka. Lagi pun sekarang, saya masih mempunyai kontrak sebagai penyampai bersama mereka.

“Apabila kenyataan media sudah dikeluarkan, barulah saya akan bersuara,” jelasnya.

Apakah Shy8 benar-benar akan tersingkir dari stesen radio popular itu atau pun dia bakal mengendalikan segmen baru yang sengaja dirahsiakan dari senarai rombakan baru itu? Tunggu sajalah kenyataan rasmi dari Hot FM dalam masa terdekat ini.

-SinarHarian

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN