Video buku dan belacan

guru sebarkan video syafiqahBeberapa hari yang lepas. Ramai yang kongsi video Syafika tentang buku dan belacan. Memang lawak video tu. Perlakuan guru tersebut memang tak patut. Cukup la sekadar menghibur hati dan perasaan sendiri melayan murid yang sebegitu. Hanya cikgu sahaja tahu kerenah dan telatah murid yang 1001 macam. Walaupun Syafika jujur sebegitu rupa, tidak mustahil satu hari nanti dia akan menjadi seorang yang berjaya dalam hidup dia. Tak perlu kita perlekehkan dia… malukan dia… dan kita pun tak tahu niat cikgu tersebut.. mungkin niat dia lain… wallahuaklam…
Video tersebut..

tadi terbaca komen seseorang di facebook seseorang.. “guru dulu tak sama cam guru sekarang” .. orang yang tak jadi cikgu tak tahu situasi guru sekarang. Cuma  jangan lah kerana sorang dua yang buat salah, semua guru dikatakan sama..

Untuk difikirkan bersama-sama…

Adakah sistem pembelajaran dulu dan sekarang sama?
Adakah cabaran mengajar dulu dan sekarang sama?
Adakah murid sekarang sama macam murid dulu?
Adakah semua guru sekarang sama?
Adakah semua guru dulu baik?

Dan adakah ibu-bapa dulu sama dengan ibu-bapa sekarang??? 🙂

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN