Virus komputer yang pertama berasal daripada gurauan budak nakal.

cakera liutVirus computer yang pertama disebarkan menggunakan floppy disk atau dikenali sebagai cakera liut dalam Bahasa Malaysia. Floppy disk juga dikenali sebagai disket.. Tapi generasi hari ini tentu tidak pernah melihat apatah lagi menggunakan floppy disk ini. Saiz cakera liut hanya boleh menyimpan data bersaiz kurang daripada 1MB.

Virus computer yang pertama agak ‘jinak’ dan tidak merbahaya. Virus ini memaparkan mesej “SAYA ADALAH BENDA YANG MENJALAR, IZINKAN SAYA MENJALAR”. Virus tersebut hanya dikuarantin di dalam jaringan asalnya sahaja dan terperangkap di dalam jaringan sistem operasi TENEX sahaja kerana tiada jaringan internet pada masa tersebut. Virus tersebut hanya akan tersebar jika cakera liut dimasukkan ke komputer tersebut dan dipindahkan ke komputer yang lain.

Kini, berjuta-juta virus sangat mudah disebarkan dengan adanya internet. Virus boleh tersebar dengan mengelik link yang pelik di dalam emel, melayari laman web, memuat-turun perisian cetak rompak dan berbagai cara lagi. Tidak hairanlah industri anti-virus menghasilkan berbilion-bilion dollar setahun.

Segalanya menjadi perlahan apabila virus mula menyerang ke dalam sistem computer anda. Virus yang pertama disebarkan melalui cakera liut oleh manusia, dari tangan ke tangan yang lain secara perlahan-lahan dan bertambah serius.

Apple juga tidak selamat dari virus tetapi virus apple adalah berasal dari gurauan remaja nakal manakala virus pertama computer adalah sebagai langkah untuk mengawal masalah cetak rompak korporat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN