Waktu paling senang tidur

image

Waktu paling senang nak tidur bila? Tau? Kalau tak tau meh nak bagitau.. Waktu paling senang nak tidur ialah waktu khutbah Jumaat sedang dibacakan. Kan? Kaum wanita tak pernah merasa perasaan mengantuk waktu tu. Dia punya mengantuk, pehhh.. Pantang pejam je mata, kompom terlelap.

Satu lagi masalah biasa waktu khutbah Jumaat dibacakan ialah bercakap. Kalau budak-budak bawah umur tu takpa la jugak. Tapi bapak budak pun ada yang bercakap.. Penting sangat ke bang? Tak kira la dah 10 tahun ke tak jumpa. Tolongla jangan bercakap, jadi la contoh yang baik cik abang oii.. Tiap- tiap kali sebelum khutbah jumaat dibacakan, bilal selalu berpesan,

Sesungguhnya berbicara ketika khutbah disampaikan walaupun dengan perkataan diam, membawa kepada lagha, yakni sia-sia pahala Jumaat.

Khutbah adalah salah satu daripada rukun daripada rukun-rukun Jumaat. Sehubungan dengan itu mendengar dan menghayati khutbah menentukan sahnya pahala Jumaat.

Aku bukan nak berlagak bagus, tetapi sekadar ingatan buat diri sendiri, adik-adik, anak-anak, abang-abang semua… Saling ingat-mengingati tu kan adalah tuntutan dalam islam kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Similar posts
  • Pesanan untuk anak-anak dan diri send... PESAN LUQMAN AL HAKIM KEPADA ANAKNYA SATU-SATUNYA MANUSIA YANG BUKAN NABI, BUKAN PULA RASUL, tapi kisah hidupnya diabadikan dalam Al Qur’an, adalah Lukman Al Hakim…. Kenapa, tidak lain, kerana hidupnya penuh hikmah… Suatu hari ia pernah menasehati anaknya tentang hidup….. 1] “ANAKKU, JIKA MAKANAN TELAH MEMENUHI PERUTMU, maka akan matilah pikiran dan kebijaksanaanmu. Semua anggota [...]

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN