Wan paling glamour hari ni

20120413-155501.jpg

Kalau dah takde kerja ni, macam-macam benda la aku buat kat internet ni. Yang paling aku suka, bersoal-jawab dengan google. Aku tanya, Google jawab… Ceh, dah macam program Tanya Ustaz kat tv9 tu plak.. 🙂

Hari ni aku main dengan keyword wan. Saje la kan… Ingatkan carian wan yang paling glamour wan din… Hahaha… Perasan. Ok, 3 carian wan paling tinggi hari ni ialah:

1. Wan shades – Wan Shades ni dah lama menyepi dalam indstri hiburan, kalau ada pun mungkin aku tak perasan… sebab aku bukan suka sangat tengok tv ni. Kalau Fazura ada aku tengok… 🙂 . Tentu Wan shades ni glamour balik sebab kes saman dia terhadap blogger rotikaya.com tu. Aku pun tak tahu sangat berita pasal ni, jom sama-sama kita baca ni

Wan Shades Bakal Saman Rotikaya.com?? Kes berat ni kalau sampai Wan Shades nak Saman Rotikaya.com, blog hiburan yang terkenal di tanah air kita. Apa kes sebenarnya ni sehinggakan mahu saman menyaman?? Ok, kisahnya bermula apabila blog hiburan itu menerbitkan artikel yang dianggap menfitnah bekas penyanyi kumpulan Shades, Mohamad Faizal Mohd Ali atau Wan Shades di laman blognya baru-baru ini.

Artikel itu dikeluarkan dalam blog Rotikaya.com pada 20 Februari lalu dengan bertajuk Wan Shade Suspek Utama Penyanyi Kumpulan R&B Rogol anak Tiri Selama Tujuh Tahun yang dikatakan secara jelas merujuk kepada dirinya. Bagaimanapun, artikel itu sudah dikeluarkan daripada blog berkenaan.

Wan yang juga pelakon drama atas nama cinta yang sedang hangat ditayangkan kini berkata, tindakan undang-undang terpaksa diambil untuk memberi pengajaran kepada pengendali blog itu supaya bertanggungjawab terhadap artikel yang dikeluarkannya selain meminta mereka tampil untuk menjawab setiap tuduhan yang dilemparkan.

“Artikel yang dikeluarkan adalah satu spekulasi tidak benar dan ia mencemarkan maruah saya sebagai artis dan nama baik saya sebagai Naib Yang Dipertua Pertubuhan Silat Seni Gayung Daerah Gombak dan Setiausaha Kawasan Rukun Tetangga Gombak Setia,” katanya pada sidang media di rumahnya di Taman Melati di sini, semalam.

Wan Shades memberi tempoh tujuh hari kepada blogger itu untuk menjawab tuduhan yang dilemparkan kepadanya.

“Saya sedia bersemuka dengan blogger terbabit untuk mendapatkan penjelasan, namun mereka gagal dihubungi,” katanya.

sumber: forblogger.net

2. Wan Hazel – wa… Glamour gak blogger ni. Ranking ke2 tu. Tapi aku tak pernah lak tersesat ke blog dia ni.. Memang comey la blog dia.. Ingatkan blog gegel.. Jantan rupanya… Tapi siyes.. Memang comey la blog ni.. Jom tengok blog Wan Hazel..

20120413-152040.jpg
3. Wan Azizah – Yang ni sapa kata tak kenal, tak tahu la.. Budak-budak sekolah mungkin tak tahu, tapi budak besar cam aku ni tak tahu memang bohong la.. Terutama yang selalu di alam maya ni.. Tapi tak leh ulas panjang-panjang.. Bahaya oo main ngan politik ni..

20120413-152118.jpg

Bilala Wan Din nak masuk top 3 ni.. Dalam mimpi ke kowt.. :O

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN