WangCyber dan SEO

image

Lama betul tak bertandang ke forum WangCyber.. Kalau dah buntu sangat, tak tahu mana nak lepak, kat situ la aku lepak.. Jadi silent reader je.. Cuma kadang-kadang je menyibuk..

Kalau yang tak tahu apa itu, forum WangCyber ni.. Meh nak bagitau.. WangCyber ni ialah satu web yang khas untuk para IM atau Internet Marketer Malaysia melepak.. menjual produk.. sembang-sembang.. tukar-tukar pandangan dan sebagainya.. Nak jual beli pun boleh kat sana.. Tapi kebanyakannya produk digital dan servis berkaitan internet la.. Nak menuntut ilmu pun sesuai kat forum WangCyber ni.. Ramai juga suka berkongsi mengenai ilmu dan selok belok perniagaan internet di sana. Kat WangCyber ni la jugak aku kenal dengan ramai Internet Marketer Malaysia.. Cuma diorang tak kenal aku je… 🙂

Hari ni, aku masuk kat WangCyber pun sebab, FB diorang share sesuatu yang menarik tentang dunia internet termasuk arena blogging ni.. Iaitu tentang SEO… Benarkah SEO sudah tak relevan lagi pada masa sekarang…

Ramai individu, organisasi mahupun syarikat kini berlumba-lumba untuk membuat laman sesawang. Kos yang terlibat sekitar RM500 ke RM5000, bergantung kepada fungsi yang dikehendaki. Itu adalah salah satu perkara yang perlu diaburkan untuk memilili laman sesawang. Setelah laman sesawang individu, organisasi mahupun syarikat tersebut telah pun wujud, maka topik atau tumpuan seterusnya adalah mengenai bagaimana untuk memberitahu kepada masyarakat mahupun dunia bahawa laman sesawang anda wujud dikalangan berjuta laman sesawang yang lain. Disinilah peranan SEO yang amat besar, namun benarkan SEO kini sudah tidak relevan? Pada pendapat saya, YA!

Mungkin ada dikalangan anda tidak bersetuju mengenai ini dan marah dengan kenyataan saya. Namun apa yang saya nyatakan disini, ianya adalah fakta semenjak berberapa bulan yang lepas. Tanda-tanda kecil yang telah berlaku adalah perubahan formula enjin pencarian Google, Yahoo, dan yang lain-lain. Saya tahu ramai yang tidak sedar akan perkara ini.

Perubahan formula ini menjadikan setiap individu unik. Menurut Eli Pariser, penulis “The Filter Bubble”, Google, Yahoo, Facebook dan berberapa yang lain telah meyunikkan setiap individu. Mengapa? Apa buktinya? Anda boleh buat experimentasi ini bersama dengan kawan atau kenalan anda.

Cuba anda dan kenalan ada Google “Egypt”. Bandingkan hasil pencarian anda dengan kenalan anda. Kenapa paparan pencarian anda dan kenalan ada tidak sama? Apakah Google membuat paparan secara “random”? Jika “random”, tidakkan itu akan menjatuhkan kreadibiliti mereka, bukan? Sebenarnya ia bukan lah “random”, tapi bukti bahawa setiap individu telah diunikkan.

Sekarang anda baru sedar yang anda telah diunikkan, bukan? Persoalan seterusnya, bagaimana mereka meunikkan anda dan yang lain? Ini adalah dengan berdasarkan:

1. Gajet/Komputer

Sekiranya pengguna tersebut menggunakan gajet, maka ia akan memaparkan hasil pencarian yangmana laman tersebut sesuai dilayari dengan menggunakan gajet sebolehnya.

2. IP/Lokasi

Hasil pencarian akan lebih kecil skopnya. Ia bergantung kepada lokasi anda. Jika anda mencari “web hosting”, maka ia akan memaparkan syarikat “web hosting” yang berada di sekitar lokasi anda, kemudian baru ke peringkat antarabangsa. Jika anda mencari “Egypt”, maka ia akan melihat majoriti di lokasi anda melayari apa yang berkaitan dengan “Egypt” dan memaparkannya kepada anda

3. Sejarah pencarian/Aktiviti anda

Ini juga diambil kira untuk pengetahuan anda. Jika anda sering melayari perkara berkaitan dengan politik, maka paparan mengenai “Egypt” sebagai contoh, turut mengutamakan perihal politik disana, manakala jika seseorang itu kerap melayari laman pelancongan atau sejarah, maka ia akan memaparkan perkara yang berkaitan.

Ada contoh lain yang menggunakan konsep yang sama? Ya, ada. Anda biasa dengan Facebook bukan? Cuba anda cari seorang kenalan di mana-mana forum. Pastikan dia adalah bukan dari negara Malaysia atau senegara dengan anda. Cuba anda minta nama Facebooknya dan anda cuba cari di Facebook. Saya yakin anda tidak akan jumpa, melainkan kenalan anda di dalam bulatan aras pertama, kedua dan ketiga telah menjadi kenalannya.

Jadi, dimanakah relevennya SEO sekarang? Adakah dengan mempunyai SEO yang bagus dapat menangani formula yang telah dibuat oleh nama-nama besar dalam Internet? Sekarang anda sudah menyedari bahawa SEO sudah tidak releven, apa yang perlu anda buat? Cuba bincangkan.

Petikan dari https://ebaseworks.com

Pendapat aku, SEO masih perlu dan sentiasa perlu..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN