Wanita dibayar $5juta kerana enggan membuka tudung

20120507-131244.jpg

Seorang wanita yang sering diejek dan dibuli oleh bos dan rakan sekerjanya di AT&T bakal menerima bayaran berjumlah $5 juta kerana telah memenangi saman terhadap syarikat komunikasi itu.

Susan Bashir adalah seorang muallaf yang tinggal di Kansas City, US. Beliau telah menyaman majikannya itu kerana telah melakukan penghinaan dan kekerasan keatasnya dengan memaksa Susan untuk membuka tudung. Susan telah memeluk islam pada tahun 2005 dan mula didiskriminasi sejak itu sehingga ia memuncak pada tahun 2008. Beliau telah bekerja di syarikat itu selama 10 tahun sehingga akhirnya dipecat. Beliau mendakwa dihina hampir setiap hari sehingga digelar sebagai pengganas.

Majikannya juga bertindak memaksa Susan untuk membuka tudung yang dipakainya, tetapi Susan enggan berbuat demikian sehingga majikannya tersebut menarik tudung tersebut.

Hakim pada mulanya menolak kes itu kerana menganggap pembuangan Susan itu adalah mengikut prosedur. Tetapi setelah melakukan prosiding dan pendengaran kes itu dengan sepenuhnya, akhirnya juri bersetuju untuk memberikan kemenangan kepada Susan dengan alasan ia adalah kerana penghinaan yang dibuat terhadapnya..

 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN