Zizan Akan Sambut Hari Raya Sampai Pengsan?

Jika sebut sahaja Zizan raja lawak sudah pasti secara semulajadi anda akan tersenyum dan tergelak. Malah ada dilangan anda yang akan mula bercerita tentang babak lucu lakonannya di pentas atau filem yang telah dibintanginya.

Minggu lalu Astro Gempak berpeluang bertemu Zizan Razak di sebuah majlis buka puasa anjuran pihak Astro sempena pra tonton iklan raya yang juga menyaksikan penampilan khas oleh Aznil Haji Nawawi, Erra Fazira dan Aaron Aziz.

Menceritakan aktiviti-aktiviti beliau di bulan ramadan ini, Zizan akui menerima banyak jemputan menjayakan majlis berbuka puasa dan turut menjalani beberapa penggambaran program yang bakal bersiaran di hari raya nanti.

Menurut Zizan, beliau bersyukur kerana rezeki yang diterimanya pada bulan Ramadan kali ini berlimpah ruah. Pelbagai undangan berbuka puasa dan tawaran berlakon diberikan kepada Zizan terutamanya menjelang bulan Ramadan.

“Syukur Alhamdulillah, saya menerima banyak tawaran berlakon selain menjayakan majlis berbuka puasa bersama selebriti mahupun peminat-peminat saya. Tidak lupa kepada peminat-peminat saya yang banyak memberi sokongan padu terhadap karier saya,” ujarnya kepada Astro Gempak.

Untuk program di Hari Raya Aidilfitri nanti, Zizan dan Aaron Aziz akan bergandingan dalam rancangan Aaron Zizan Raya Sampai Pengsan. Semestinya program ini nanti menjadi edisi raya yang sangat dinantikan oleh peminat-peminatnya.

“Saya dan Aaron Aziz akan mejayakan sebuah program tv iaitu Aaron Zizan Raya Sampai Pengsan yang bakal bersiaran pada hari raya nanti. Diharapkan penonton serta peminat akan terhibur menonton rancangan tersebut,” katanya penuh teruja.

Sementara itu, Zizan turut berkongsi tentang persiapan raya pada tahun ini. Dengan nada merendah diri, Zizan hanya membuat persiapan yang biasa sahaja untuk mengelakkan pembaziran. Beliau juga mengambil peluang untuk menyambut hari raya di kampung halamannya, Terengganu.

“Persiapan raya saya hanya biasa sahaja kerana saya tidak suka membazir. Lagipun saya akan menyambut hari raya di kampung halaman. Jadi persiapan di kampung sudah pasti lebih besar kerana disitu tempat kami sekeluarga berkumpul, “ ujarnya mengakhiri perbualan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No Comments Yet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

IKLAN